BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

http://bluebananerd.blogspot.com :B

WELCOME TO MY PAGE !

Thursday, July 30, 2009

~Love Story~ (AD untuk FD)


~Terlanggar~
Merah!!! Kuning!!! Biru!!! Hijau!!!!
Ergh!!! bising!!! tempik Falicia dalam hati. Ni yang aku tak suka datang sekolah awal-awal tahun ni! mesti ada buat sukan tahunan sekolah! takder ker sekolah yang tak buat ni semua?? jawapannya memang aku dah tau.. tak der sekolah yang tak sambut sukan tahunan.. Bencila!! kiri kanan orang dok tempik naik sakit telinga dengar. Nak duduk di dalam kelas, hari tu dah kena halau dengan cikgu. Haih.. nasib.. nasib.. bak kata per lagi..

"Woi! kau naper buat muka tension camtu??" sapa Adriana. Terkejut Falicia disergah dari belakang. "Aper woi2 huh??! bagi la salam dulu. ni tak main terjah jer.. " "Dah aku bagi salam sampai nak berbuih mulut kau tak jawab lastly aku woi jer la. Ok back to the point apsal kau buat muka macam tak berak seminggu??" " Muka aku biar la! kau sibuk pesal??" "Cik Evonne Falicia Dania aku bukannya nak sibuk tapi kalau dah muka kau tu macam nak makan orang, aku risau la tengok camtu.. takut nanti ada yang jadi habuan kau." Balas Adriana. Naik seram dia tengok muka cina celup tu. Owh.. lupa nak explain.. Falicia ni sebenarnya Cina-muslim, ayah dia cina ibunya melayu. "Yela kan? Aku teringin juga nak rasa daging manusia yang selama ni menjadi makanan haiwan buas. Sedap ke tak?? tambahan pula, ramai sangat pilihan manusia yang terpekik-pekik macam orang gila kt dalam sekolah ni yang boleh dijadikan santapan aku." balas Falicia dengan nada geram. "owh.. aku lupa kau rimas bila terpaksa duduk di tempat yang ramai orang ni." "hah! tau pun! yang kau tnaya lagi apsal? Teringin nak jadi habuan aku yang pertama?" "hehehe.."Adriana hanya sengih macam kerang busuk. Kerang punya senyuman pun wangi lagi. "Wei, jom duduk kat pavilion. Dekat sini panas, naik lenguh kaki aku bersila." ajak Falicia kepada Adriana. "Ok madam" balas Adriana. Falicia buat tak tau jer dengan panggilan Natasya, dan terus melangkah ke pavilion. Mereka berjalan beriringan. Tiba-tiba. Buk!!! bunyi macam buah nangka busuk jatuh. haha!! Adriana jatuh! "Oppss.. sori.." kata seorang lelaki yang terlanggar dengan Natasya. Aku menolong Adriana bangun dengan memimpinnya. "Tak per" jawab Adriana. Falicia ketawa sambil memerhatikan drama swasta itu.


15 belas minit kemudia...Adriana dah tak tahan tengok Falicia yang dari tadi gelak tak habis2. Gelak macam orang kena histeria. kejap dia gelak, kejap senyap. "Apsal kau gelak macam nak mati ni?? Apa yang lawak sangat??" Geram Adriana tengok muka Falicia yang merah akibat ketawa dari tadi tak berhenti-henti.

" Hah.. hah.. hahaha!!! hah.. Ok2.. aku berenti.." balas Falicia dengan tawa yang masih bersisa. Adriana merenung muka yang selama ini garang, kini, merah menahan ketawa. "Hoi! cakap la! apa yang lucu sangat??" " Huh??!! tak.. romantik giler drama kau tadi. by the way, Boleh tahan juga kan? abg senior yang kau langgar tu. Mesti kau dah plan nak buat mcamtukan?? Haa.. Kau minat kat abang tu ker??!!!" Tempik Falicia tanpa disedari. Pap!!! satu tamparan dihadiahkan oleh Adriana di lengan Falicia. "Weh! kalau yer pun slow la sikit suara kau tu!" "Aduh!!! sakit la!! jadi?? memang betul la kau suka kat abang tu??" ujar Falicia sambil menggosok lengan dia yang pedih dipukul oleh Adriana. Pap!!! satu lagi pukulan hinggap di lengan Falicia. Dia mengerang keasakitan lagi . " Aaaadduh!!!! sakit la!!! belut!!! kau nak bunuh aku ker hah??" gumam Falicia.
"Padan muka!~ kan dah kena.. Cakap la yang bukan-bukan lagi.. Aku tak kenal pun abang tu!!"
"Owh kalau macam tu, apa kata aku tolong kau kenal dengan dia??" " Heh!! Kau ingat aku nak sangat ker kat mamat tu hah??" " Nak tak nak.. Aku peduli apa.. janji aku dapat kenakan orang dalam msa yang sangat boring ni.." Kata Falicia yang bersiap-sedia hendak memecut setanding orang yang sedang bertanding acara seratus meter hendak melarikan diri daripada Adriana yang dah benggang sangat dengan Falicia, sampai muka mcam singa betina yang tak cukup makan. "Nanti kau!!! Mari sini!!!"

~Akmal Danish??~
Fiuh!!! leganya rasa dapat duduk dalam kelas. keluh Falicia dalam hati. Namun ketenteraman Falicia diganggu oleh satu pengunguman yang diumumkan melalui pembesar suara. " Perhatian, perhatian kepada semua pelajar, anda diminta berada di padang sekolah sekarang juga. Diulangi, perhatian kepada semua pelajar, anda diminta berada di padang sekolah sekarang juga, tolong beri kerjasama. Terima kasih. Aku nak gila!!! aku nak gila!!! tak guna!!! siapa yang buat pengunguman ni?? tak guna betul!!! tak per.. aku dapat dia karang aku cekik2 dia, patah2kan tulang dia!!, koyak-koyakkan isi dia!!!, aku cincang2 daging dia sampai lumat!!! pastu aku msak then,
isi yang lebih tu aku siat-siat buat daging salai lepas tu aku bagi ayam tok aku makan!!!!!! puas hati!!! marahnya dalam hati.
Semasa keluar dari kelas, Adriana hanya diam. Dia tak berani tegur Falicia yang mukanya macam hantu tak boleh beranak tu.Sedang dia sibuk dengan memaki hamun orang yang buat annauncement tu tiba-tiba jer.. mata Falicia tertarik dengan kelibat seseorang yang dikenalinya.. hehe.. dia sengih jahat ke arah Adriana. Adriana hanya tunduk menahan takut. Walaupun dia dah berkawan lama dengan Falicia tapi dia takut, bila Falicia marah. Serius!! muka dia kalau tak senyum nampak garang, bengis, sombong... tapi kalu dia senyum aman dunia.Falicia berjalan meninggalkan Adriana yang masih dengan dunianya. Adriana pun malas nak ikut. Tengah mood dia x baik, lebih baik biar dia duk sensorang dulu.

Dia menuju ke arah seseorang. Dia cuba melihat tanda nama yang terlekat di baju orang tu..
'Akmal Danish ' Owh.. ok jugak boleh tahan... juga abang yang terlanggar Yana ni.. tengok muka handsome, ++++cute, tinggi, kulit licin takder jerawat langsung!!, putih tu... tak putih sangatla.. tapi dia lelaki kalau putih melepak nampak macam pondan la pulak.., rambut.. nak kata lurus tak lurus sangat, nak kata kerinting pun tak kerinting sangat.. ikal mayang la... mata bulat, anak mata koko gelap, bibir kemerahan sikit.. tak hitam.. wah!!! handsomenyer!!! Falicia leka merenung manusia yang baru diketahui namanya 'Akmal Danish'

Owh dia duk sembang dengan kawan dia ker tu? soal Falicia dalam hati. Falicia terus memerhatikan Kamal tanpa berkelip. Apsal rasa mcam ada aura pelik jer ni?? berdiri bulu tengkuk aku. rasa macam ada orang tengah usha aku jer.. Kamal rasa tidak sedap hati apabila terasa seperti diperhatikan. Takkanla bodyguard papanya datang perhatikannya lagi?? Padahal dia dah berbincang tentang ni dengan papa. Papa dia pun dah setuju, takkan hantar bodyguard perhatikan dia lagi.Matanya meliar-liar mencari kalau-kalau memang ada orang yang perhatikan dia. dan.. Ahah!! matanya dah dapat menangkap sepasang mata yang leka memerhatinya. Memang!! ada! budak tu duk tengok aku!! tapi betul ker dia tengok aku?? Hehe... aku tengok balik la... dia boleh lawan tak aura aku pulak. Falicia tersedar diri dia direnung balik, lalu dia terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Pipi gebunya itu disentuh. Kenapa rasa panas ni?? Handsomenyer dia.. bayangan Danish yang memandangnya dengan mata yang redup.. senyumannya yang menawan, menampakkan lagi kehandsomemannya dan kecomelannya tiba-tiba muncul di mindanya.Huh!! cair.. suhu badannya terasa meningkat. badannya berasa berpeluh-peluh. hatinya menjadi tidak tentu arah. Rona-rona di pipinya terasa makin memerah.

Eheh!! dia dah malu.. Tu la.. Tengok aku lagi.. Kan dah cakap.. memang tak boleh lawan pandangan mata aku.. Danish berkata sambil tersengih nakal.

"Go!!! Zack!! go zack!!!!" Woo!!!! lari kuat lagi price charming!!!. Huh!!?? prince Charming?? Zack?? ish!!! kenapa tiba-tiba makin riuh ni?? Zack?? Zack Efron ker?? Takkan.. gila apa dia datang sini?? "Zack!!! i luv u!!! lari kuat lagi sayang!!!" Ish!!! gediknya!! siapa tu??.Patutla ramai orang pompuan pegi tandas hari ni.. sehari ni jer dah berpuluh kali dia nampak senior-senior yang melaram sakan. tak cukup tu!! junior pun sama?? sebelum menjejakkan kaki ke sekolah muka mereka nampak neutral tanpa sebarang alat solek. Sebelum tu juga perangai baik macam malaikat! Lepas tu.. Tak tau la apa nak cakap lagi dah.. Punya la make over muka tu.. Ya Allah.. bulu mata tu dah bertompok dengan maskara yang tebal, blusher.. sapu sampai merah macam udang bakar. nasib baik tak bubuh eye shadow sebab takut cikgu perasan. Lipstick pun tak ketinggalan. Maklumlah.. hari sukan, cikgu sibuk.. tak sempat nak buat spotcheck.. Duduk dalam tandas tu dari 7.40 lepas baca doa tu sampai la orang panggil pergi padang pukul 9.00. Semata nk make up muka. Ntah apa yang di buat lama sangat?? Sedap sangat ker haruman tandas yang berbau busuk!! tu?? Kalau dah seronok sangat duk di tandas yang berbau tu tidur jer la kat situ.. lama-lama boleh melekat haruman tandas tu.. keluar dari tandas takder la cntik sangat.
" Haaa... aku cair la tengok Zack ni.. kalau la dia bf aku..." kata seorang senior kepada kawannya. "Ye la.. Dia pakai t-shirt milo pun nampak bergaya". Huh!!?t-shirt milo pun bergaya?? buang tebiat ker?? Aper suma ni??.. siapa dia tu?? sampai senior pun boleh jatuh hati?? Handsome sangat ker?? Falicia cuba mencari gerangan siapakah kegilaan ramai tu. Huh??!! Dia??....Apsal dia ada di sini?? dia sekolah sini?? Jadi Zack tu dia??.....


0 comments: