BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

http://bluebananerd.blogspot.com :B

WELCOME TO MY PAGE !

Saturday, September 5, 2009

~Love Story~(AD Untuk FD)4

“Erm.. tapi..”

“Kenapa? Ragu-ragu?”

“Tak.. Erm.. Cikgu boleh saya mintak sesuatu?”

“Oh sure! As long as benda tu boleh diterima akal.”

“Macam ni.. Boleh tak kalau saya jadi prefect but not wearing the prefect uniform?”

“hurm.. but you not an ordinary prefect.”

“saya tau.. saya leader but saya nak rahsiakan identity saya please..”

“Ok.. kalau itu yang awak mintak.. but! Ada 2 syarat”

“Just tell me.. i’ll do it.”

“First kalau ada any function or meeting that libatkan awak dan pihak atasan please wear your uniform..”

“Ok.. second one??”

“Tolong saya cari assistant awak.”

“Kan kita dah ada assistant?”

“Awak ni ketinggalan zaman la... assistant awak dah pergi sekolah asrama penuh la..”

“Hurm.. budak Falicia tu looks great... She’s new in this school right?”

“Yeah.. tapi takkan dia..”

“Why not??”

“Err.. nothing..”

“Ok Saya dengar dia classmate awak?”

“Yeah.. but she doesn’t relise that yet..”

“Ya la.. dah dia baru masuk masa sukan tahunan dimulakan hari tu. So.. setuju?”

“Ok..”

“Good oh one more..”

“Yes?”

“Boleh saya tahu kenapa awak nak rahsiakan identiti awak?”

“Err.. tu sebab......”



“Weh.. kita baru kawan beberapa minggu ni kan?? Tapi dah macam kawan lama..” kata Falicia tiba-tiba.

“Yup!! Kalau tak kau yang tegur aku.. takkan jadi la..” balas Adriana.

“Yerla.. dah kau sepupu kawan aku masa kat sekolah lama dulu.. Eh tapi Amira sepupu kau tu tak bagitau ker pasal aku kat kau?”

“Tak la.. dia ada kasi tau kenapa?”

“Habis apasal kau tak tegur aku?”

“Aku nak tegur tapi.. aku takut.. tengok muka kau.. hehe”

“Ceh!!”

“Tapi kan.. bila dah kawan ngan kau.. aku tak rasa yang kau ni garang macam muka kau.. Cuma kalau kau marah la.. tapi kalau kau senyum aman dunia.. serius cakap tak nampak garang” Terang Adriana dengan panjang.

“Yela tu..”

“Eh! Kau teringat tak masa kau baru kenal aku.. sopan gila kau masa tu! Kau cakap apa ek.. masa kita nak balik tu? ‘Takperla.. kita balik dulu la yer..’ aku nak cakap cam biasa jer.. tapi kau cakap camtu.. janggal giler rasa!” Sambung Yana lagi.

“A’ala.. gelak! Gelak sampai pecah perut tu! Aku bukannya apa.. dah la muka ni garang.. kena la maniskan sikit.. lgipun masa tu aku takder kawan.. so aku cakap la camtu.. aku tak nak la orang cakap aku sombong...”

“Yer la ... kau senyum la macam mana pun.. orang tetap cakap kau sombong.. kekadang kalau kau senyum nampak macam orang jahat tau tak..ngeri aku..”
“Cik Adriana Qasrina bt Zaidi.. kau teringin sangat ker nak makan batu kat padang sekolah ni?”

“ Err.. tak nak.. batu.. tapi.. kalau air batu aku nak jom beli air.. haus dah ni..”

“Owh.. berani kau ek.. takper kali ni aku lepaskan kau sebab aku pun haus juga.. Jom!!!”

“Ek’ele..”


Yuh!!! Tinggal lagi sehari jer lagi.. sukan tahunan dah nak habis! Caiyok! Aku mesti boleh hadapi cabaran ni!!! Huh?? Mana Yana ni?? Try call la.. satlagi aku sensorang tinggal kat sini.. Jojo dok ngan kawan dia malas nak kacau.. Che Pah.. sama rumah sukan dengan Yana..
Aduh... Yana tak angkat phone lak..

Tiba-tiba telefon Falicia vibrate menandakan masage masuk.

+ apahal call aku??

- Kau kt ana?

+aq dok kt surau.. ad mting pasal rumah skn.. apsal?

-Lma agy ker? Kau tetiba hlg td.. bosan lorh..

+Ntah.. nk ckp tgok gya cm lma agy.. sabar jer la...

-kk.. bye..

+bye..


Sedang Falicia melayan perasaan tiba-tiba. Huh rasa macam ada aura tak bagus ni...

“Hai sorang jer ker?”sapa Zack

“Waalaikumussalam.. kau ada nampak sesiapa lagi ker kat sebelah aku ni?” Falicia memerli Zack.

“Takder. can i sit here?”

“What if i say no?” Tak malu.

“Please.. kat sana ramai orang..”

“Saya tak tanya ramai orang atau tak.. hmm..duduk la..kalau tak malu.. lagipum bukannya tanah aku..”

“So... awak kelas apa?”

“4 S..”

“We’re in same class!”

“oh.. why you so excited?”

“Nothing..”

“Awak nama apa ntah? Saya kurang ingat..”

“Berapa banyak perempuan yang kau ada sampai nama aku kau tak ingat?”

“Tak la.. Cuma tak pasti jer..”

“Falicia”

“Oh Falicia nice name..tak nak tanya nama saya ker?”

“Tak nak.” Falicia jawab sepatah.

Malu!!

“Saya Zakaria.. orang panggil Zack..”

“oh.. patutla... Zakaria.. kunonya nama..!”

Opss.. terlepas cakap.. minta-minta la.. dia tak dengar..kenapa la.. mulut aku licin jer macam pakai minyak pelincir lak. Adus!!

“Awak cakap apa?? Tak dengar la.. orang bising..”

“Err..err.. tak.. saya cakap tak tanya pun..” Falicia cover takut kantoi!

“Saya nak bagitau lagipun kan kita classmate..”

“Owh..” Macam la aku kena tau semua tu.. lainkali kalau aku tak tanya takyah bagitau.. rungut Falicia tapi hanya mampu dikatakan dalam hatinya tak terkeluar nak cakap.

Tiba-tiba Falicia rasa tak sedap hati dan.......

“Woi! Zack! Apa kau buat kat sini?”

“Saja borak dengan dia ni..comel kan?”

Falicia beku kejap.. dia paling pantang orang cakap dia comel.

“Huh!! Muka macam ni kau kata comel? Macam nenek kebayan jer.. nenek kebayan comel lagi. Kau tak takut ker nenek ni sihir kau jadi katak ker?”

Jahanam punya jantan!!!!! Agak-agak arr nak kutuk aku pun!

“Apa kau merepek ni?”

“Betul la. Tu..”

“aku rasa kan.. Zack tak jadi katak karang kau aku sihir jadi biawak!”Falicia geram.

“Woo~ takutnya!! Zack.. tolong aku Zack!! Aku tak nak jadi katak! Fufu..” Danish buat loyar buruk.

“Siapa cakap aku nak sihir kau jadi katak?? Aku cakap biawak la monyet!”
Falicia dah geram...

“Erm.. ok whatever..straight to the point Zack boleh aku pinjam kejap nenek kebayan kau ni??”

“Ambil la... tapi nanti hantar balik.. sebab aku rindu kalau tinggal lama-lama.”

Aku dengan Danish dah freez.. aphal mamat ni?

“Ooo..ok pinjam kejap ek..”

Danish cakap sambil tarik tangan Falicia.

“Kau nak pegang tangan aku sampai bila ni?”

“Sorry. Jagan persan pulak yer..”

“Kau ingat aku ni barang ker hah nak main passing-passing? Lagi satu.. takder maknernyer aku nak perasan! Kalau kau ni prince charming sekolah ni.. kot la..ni.. kau tak spesel mana pun..”

“Apa-apa jer la.. kau tau tak kepala aku benjol kena bola?”

“Tu jer kau nak kasi tau aku?” eleh benjol pun nak mengadu! Anak manja!!

“tak..”

“So aphal”

“Kenapa kau cakap kat Cikgu Ros yang aku tak percaya yang kau panggil aku? Padahal aku terus jer pergi bila kau bagitau kat aku kan? Jawab aku nak tau”

“Err.. tu... sebab.. itu sebab.. sebab.. ssebbap...”

“Ok cut it off cuba cakap betul-betul!” Danish dah bengang dan kedua-dua belah tangannya diletakkan di dinding dan masa tu Falicia bertentangan degannya. Falicia terperangkap! Nak ke depan ada Danish.. nak ke tepi dua-dua kena blog dengan tangan Danish.. nak undur.. ada dinding. Saat itu jjuga apabila pandangan mereka bertaut. Masing-masing diam. Ada satu perasaan yang aneh muncul masa tu.. Marah Danish mereda dengan pantas.. bukannya Danish seorang yang rasa perasaan tu.. tapi Falicia pun dapat rasa gak..

“Hei! Cakap nak pinjam kejap ajer?”

*******************


Hari ni hari last sukan tahunan di Queenstar Cluster School. Ada acara perbarisan rumah-rumah sukan dan setiap unit badan beruniform. Sesungguhnya hari itu adalah hari yang paling malang bagi orang yang bernama Falicia. AAAARRRRGGGHHHH!!!!!! Aku tak nak!!!!! Falicia menjerit dalam hati. Semua ahli setiap rumah sukan yang tidak terlibat dalam apa-apa acara pada hari itu dikhendaki menyertai perbarisan itu. Setiap rumah-rumah sukan mempunyai tema masing-masing. Rumah mawar rumah sukan yang berwarna merah menggunakan tema ahli sihir. Tak apa kalau Falicia rumah tu dia boleh terima lagi.. rumah sekolah iaitu rumah yang bewarna biru menggunakan tema burung raja udang jadi.. semua peserta Cuma kena pakai topeng burung ja.. yang ni pun tak pa lagi.. Rumah Syeed Borhan rumah hijau menggunakan tema petani.. semua peserta kena pakai topi yang nak pergi bertani tu dengan ikat kain kat pinggang.. maskot dia orang-orang ni pun.. boleh terima la sikit-sikit.. tapi Falicia tak menjadi ahli kepada salah satu daripada rumah-rumah sukan tu.. tapi.. dia ialah ahli rumah Raja..rumah yang bewarna kuning dan telah menjadi johan selama beberapa tahun berturut-turut.. bukan tak bangga tapi masalahnya sekarang ni.. rumah ni menggunakan tema rama-rama! Maskot pun rama-rama nasib baik diorang batalkan cadangan nak jadikan Falicia sbagai maskot. Sebab ada kakak form 6 ni nak jadi maskot.. thx kakak.. Tapi dia tetap kena sertainya.. setiap ahli yang menyertai perbarisan rumah raja kena pakai baju warna kuning.. (bawa masuk dalam seluar) tudung bagi perempuan warna hitam, pakai cekak sesungut! Pastu ikat tali yang ropol-ropol, merlit-merlap tu kat pinggang.. jalan keliling padang bila sampai kat depan pavilion tempat tetamu dengan pengetua duduk kena berenti pastu senyum.. buat muka comel then.. tata... bye kat diorang.. siap suruh buat flying kiss lagi.. Yuck!!! Aku taknak.. kalau la aku tau.. takdala aku nak datang petang ni!! Diorang pandai... taknak bagitau awal-awal pasai ni..

Sambil tunggu semua ahli nak gerak Falicia teringat balik kejadian hari tu..antara dia dengan Danish.. apa persaan tu hah?? Apsal aku rasa ketar semacam ja?

“Hei, cakap nak pinjam kejap ja?”

“Err.. tak.. ada hal lagi yang tak beres.. boleh pinjam kejap je lagi”

“Ok..but jangan lama sangat tau.aku tunggu kat padang”

Falicia dah tak tau nak buat apa dia jadi blurr.. dia freez dengan lama.

“Oit!”
Takder respon.

“Weh!! Kau ok ke tak ni??”
Takder respon.

Goncang muka “Weh!!! Apsal kau ni?kau sakit ker?”
Still takder respon

Ambil air sapu kat muka Falicia. Takder respon jugak

Tiba-tiba jer Falicia jalan macam orang tak betul. “Weh!! Kau nak pergi mana? Aku belum habis cakapla! Woi!! Bahaya!! Situ ada tangga la!!!”

Falicia still jalan buat tak tau ja. Masa tu dia dah nak jatuh.

Danish sempat capai lengan Falicia dan tariknya keatas tapi masa tu dia nak jatuh ke belakang Falicia masih tak sedar. Bila Danish jatuh kebelakang Falicia jatuh atas dia and...
Lepas seminit semua freez and.. Falicia baru sedar yang.. kenapa muka Danish dekat sangat ngan muka dia?? Nanti bibir aku!!!! Bibir dia!!! Arghh!!!! Falicia cepat-cepat bangun then tunggu apa lagi?? Lari!!!!! Nasib baik tader sapa yang nampak masa tu..tapi itu cakap Falicia.. tapi diorang tak sedar yang ada sepasang mata yang sedang perhatikan mereka.

Lepas Falicia blah.. Danish bangun..pegang bibir “apa yang dah jadi tadi??”

“Hei Falicia!! Cepatla!!! Kita dah nak gerak!” panggil Jojo.

“Ok..i’m coming..” Falicia masih blurr..

“Kau apsal aku tengok lain macam jer??”

“Owh takder apa-apa” Falicia berdalih.

Selepas selesai acara perbarisan Falicia duduk berehat dengan Yana,Jojo and Che Pah. Tapi.. apsal Yana lain sangat ni?? Dia tak ubah macam orang angau.

“Weh, kau apsal?” tanya Falicia.

“Takder apa-apa.”

“Jojo, Kau ada lagu bes-bes tak?” Tanya Falicia lagi.

“Hmm.. ader kot..hah.. kau tadi kenapa? Aku tengok muka merah lain macam jer?”

“Owh.. itu sebab... hah.. kau tak nampak ker cuaca ni hari ni panas terit.. mestilla kulit aku nak terbakar.”

Jojo tak membalas. Che Pah sibuk melayan novel.. lagipun tadi dia kena gelak dengan kami tiga orang.. mana taknyer! Aduih!!! Dia kena bawak sepanduk untuk KRS tapi cara dia jalan dengan nuka dia tu macam nak pergi belasah orang! Tak lama jer lepas tu..

“Hai! Dania sayang... abang dahaga la.. nak air sikit” tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali oleh Jojo dan Che Pah muncul dan mengambil botol dari Falicia dan terus minum

0 comments: