BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

http://bluebananerd.blogspot.com :B

WELCOME TO MY PAGE !

Tuesday, December 29, 2009

~Love Story~(AD Untuk FD)7

“Err.. ok lah,.. aku nak pergi tandas jap.” Jojo pantas meninggalkan Yana dan Falicia sendiri.

Kawan aku ke tu?? Tak guna dia tinggal je aku. Nak tempik suruh datang balik kang nurse muka cam buaya betina tu marah lak… tapi duduk kat sini rasa cam tengah berdepan dengan singa betina la pulak..’

“Hai.. err… lama tak jumpa kau macam mana??” asiseh!! Rasa janggal gila… muka tu tak nak senyum langsung.. aku nak senyum pun rasa cam tak patut lak..

“macam yang kau nampak”

“Aku nampak?? Aku nampak muka kau dah berkedut.. nampak tua.. mungkin sebab kau tak senyum kot..” ‘tak ke bodoh sangat aku ni??? Laju jer ayat yang menyakitkan hati tu nak keluar kalah minyak pelincir! kang aku rasa aku dah nak kena makan.’

“ok.. aku takder masa nak main-main.. aku datang nak tanya apa hubungan kau dengan Azril?”

‘ceh! Bertuah punya kawan! Bukannya nak tanya aku yang tengah terlentang ni ok ke tak yang tu pulak dia tanya takder perasaan ker?? Apa yang dia sibuk sangat pasal aku dengan azril asal?? Ni mesti kes macam Danish! Suka salah anggap! Tapi aku tak paham asal diorang dua orang manusia tu kalau tanya aku soalan tu mesti serius! Ni yang aku menyampah! Benci! Geram! Semua la!

“takder apa.. kenapa? Penting ker kau nak tau? Sampai kawan kau yang sakit ni kau tak peduli langsung? main redah sebab nak tanya tu…

Tak sempat Falicia menghabiskan ayatnya. “Kau patut ker aku iktirafkan jadi kawan aku? Kawan makan kawan!”

“Hey apa yang kau merepek ni hah? Aku tanya buat kali keberapa aku pun tak tau apa masalah kau sebenarnya?? Sampai tak hujan tak rebut tetiba jer taufan asal?”

“Kau jangan buat-buat tak tau!”

“Dah memang aku tak tau!”

“Pasal Azril! Kau jangan cakap yang kau tak tau apa-apa!”

“Azril, Azril, azril!!! Kenapa dengan dia?? Apa kaitannya hubungan aku dan Azril dengan kau?!!”

“Aku..”

“Kenapa?? Bagitahu aku apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku sampai kau marah sangat??”
“Aku suka kat..”
Falicia menunggu dengan sabar. “Teruskan”
“aku suka dekat Azril.” Perlahan.

Falicia tersentak. Patutlah.. bukan main masam muka dia aku tengok bila aku jumpa Azril.. tapi dia sanggup putuskan persahabatan kami demi benda tu jer?
“Owh.. baru aku paham.. tapi aku tak sangka yang kau sanggup marah aku sebab benda remeh gitu. Kau ni kawan jenis apa hah? Lama dah aku pendam. Kau anggap aku macam sampah! Masa kau perlukan aku baru kau sibuk cari aku! Kau macam tak kisah kalau aku ada ke tak ada ker.. bagi kau aku ni tak bermakna apa pun walau sikit pun tak!”
Air mata yang lama ditahan gugur juga. Mengenangkan banyak sangat memendam rasa. Memang benar..selama ini Adriana kurang memberi perhatian kepada Falicia walaupun mereka kelihatan rapat. Lihat sajalah kejadian ini. Kalau Adriana percayakan Falicia takkan berlaku perbalahan antara mereka. Falicia sedar.. selama ini pun semasa dia susah hati atau bersedih Adriana hanya akan memujuk dia gitu-gitu jer.. selebihnya Yana akan meninggalkan dia seorang diri. Kawan-kawan mereka yang lain juga terasa dengan sikap Yana. Tapi apabila bersama teman lamanya dia tidak pula bersikap begitu. Pernah suatu hari Jojo mengajak mereka berempat stay dekat sekolah. Semua bersetuju kecuali Yana. Alasannya dia mahu pulang awal nanti ibunya marah. Memang tidak dinafikan setiap kali waktu balik Yana akan bersikap dingin dengan mereka. Walaupun terserempak dekat tempat menunggu dia tidak akan menegur melainkan mereka yang memulakan dahulu. Kebiasaanya tiba waktu pulang Yana akan terlebih dahulu keluar dari kelas. Tetapi pada hari Yana menolak untuk keluar bersama mereka,secara kebetulan mereka terserempak Yana di supermarket yang berdekatan. Mereka pergi ke supermarket itu dahulu kerana Jojo ingin membeli topup. Dah terserempak tegur pun tidak dia Cuma senyum. Macam tu ker kawan baik? Kami nampak dia berjalan dengan kawan satu sekolah rendahnya Fina. Merekalah yang menegur Yana mereka ajak Yana dan Fina makan bersama diorang menolak takpelah mungkin diorang ada plan lain tapi bukankah tadi Yana cakap dia kena balik awal? Jadi apa dia buat dengan Fina?

Sesampai di kedai makan mereka nampak Yana dan Fina makan di tempat yang sama. Seingat dia tadi dia dah bagitau nama kedai makan yang diorang nak pergi makan tapi Yana cakap “Tak nak arh! Korang nak pergi pergi la,,” hanya tuhan yang tau betapa sakitnya hati Falicia, Jojo dan Che Pah. Apa kena dengan minah ni? Satu lagi kejadian semasa di hadapan perpustakaan awam. Kebetulan sekolah mereka bertentangan dengan perpustakaan awam. Mereka menunggu di depan perpustakaan sahaja sekali-sekala ingin berubah angin. Selalunya waktu ni Yana dah balik. Tapi hari tu mereka nampak Yana berjalan melintasi mereka. Yana melihat mereka dengan muka selamba seperti tidak kenal mereka langsung! Dia melintas dengan Fina dan masuk ke dalam perpustakaan. Tegur mereka pun tak! apatah lagi nak ajak masuk sekali! “Dia tegur kita pun tak kan?” Falicia berkata.

“Biasalah.. siapa la kita ni? Dengan kawan lama dia layan macam anak raja dengan kita? Menyakitkan hati! Kita ni kan bising! Hodoh! Bodoh! Mana layak keluar dengan dia?”

“Betul… kotla dia nak ajak kita masuk tadi..”
“Tak payah mimpila dia nak pedulikan kita ni Che pah!”

Banyak sangat Yana telah melukakan hati kawan-kawannya antara dia sedar ataupun tak tak tahulah.

“Aku dengan Azril takder apa-apa! Kami cousin salahkah? Dia anggap aku macam adik dia?”

Yana betu-betul terkejut! “kau saja reka cerita kan?? Kau nak tutup kesalahan kau, kau saja reka benda ni semua aku tak sangka yang kau sekeji ni! Aku tak percaya!!”

“menatang apa la yang rasuk kau sampai macam ni Yana?? Aku ni kawan kau tau tak?? Kalau kau tak percaya sangat kau tanya Danish.. kau tanya Che Pah, Jojo dan kalau tak percaya jugak kau tanya la Azril sendiri!”

“Heh! Kau ingat aku bodoh?? Tolongla! Mesti kau yang suruh diorang cakap macam tu kan?”

“Hey!! Yana watch your word! Aku bukan manusia jenis macam tu! Apa kena la dengan kau nie?! Aku tak sangka yang kau boleh jadi macam ni sekali sebab jealous! Simple thing! Tapi kau yang besarkan!”

Di luar bilik Falicia.


‘hish!! Macam serius jer aku dengar’ bisik Jojo dalam hati.

“Oit! Apa yang terhendap-hendap tu?”


“Shhh!!!... jangan kacau aku la!! Diam je! Ada masalah besar ni! Kang kalau diorang tau macam mana?”

“Kau cakap senang!!! Ada kau kisah perasaan aku??!!” kedengaran suara Yana dari dalam.

“aku memang tak tau apa pun!!! Kau tu yang banyak sangat berahsia!!”Falicia membalas.

“Hey… apa yang dah jadi tu?? ” tanya suara itu.

“haish!! Kau ni.. ni la.. Yana gaduh dengan Falicia pasal Azril!”

“Kenapa dengan Azril?’

“Kau ni ketinggalan zaman la!! Yana tu minat kat Azril la! Tapi…. Sebelum Jojo menghabiskan ayatnya dia baru perasan.. dia cakap dengan siapa? Che Pah?? Tak mungkin! Che Pah dah lama balik! Perlahan-lahan dia pusing belakang.

Terkejut!!!! “Azril… ma.. ma..cam mana err… ksu ala ksu pulak kau ada kat sini?”

Memuncungkan mulut. “tu.. nak melawat tu.. kau tak habis cerita lagi kan?? Cerita la..”

“Ehehehe… mana ada apa-apa..”


“Takper tak nak kasi tau biar aku masuk dalam.”

“Ehh… jangan!!!!” tak sempat Jojo nak menghalang dia yang ditolak ke tepi.. Ceh!!!!! Mentang-mentang la aku kecik suka hati dia aje nak angkat aku!

“shh… budak tecik.. kena duk diam-diam kat sini.. jangan halang budak besar nak lalu.. kalau tak nanti kena penyek!” Azril berlalu sambil ketawa terbahak-bahak.

Jojo mencebik!

“Berapa kali aku nak cakap yang Azril tu sepupu aku! Apa pasal susah sangat kau nak faham bahasa hah??!! Kau fitnah aku bukan-bukan!!! Apa kau ni?!

“Ehem..”

Sunyi…

“Abang Ril..”

“Apa bising-bising ni?? Sampai nama abang pun ada sekali?”

“Hah.. baguslah.. dia pun dah datang apa kata kau tanya jer dia!” Suara Falicia kedengaran kasar.

“Tanya apa? Err…”

“Adriana. Juz call me Yana”

“Owh,,, Yana.. so apa kecoh-kecoh ni?”

“Betul ke awak dengan Falicia sepupu?”

“Yup!” yakin sekali.

“Kenapa ada masalah ker Yana?”
“bukan Falicia yang suruh awak mengaku?” Sinis. Falicia dah sangat-sangat geram.

“Nope! Asal awak cakap macam tu? Awak tak percaya kawan awak sendiri ker??”

“Takperla.. saya balik dulu.. aku minta maaf Falicia. Kau betul. Aku memang tak layak jadi kawan yang baik.

“Bagusla kalau kau dah sedar.. harap lepas ni.. kau tak buat perkara yang sama.”

“Maaf..” Yana berlalu pergi.

“Tak baik cakap macam tu..” Azril bersuara.

“Naaaa~ lantak dia arh!! Malas! Tuduh orang yang bukan-bukan”

“But dia dah minta maaf kan??”

“Peduli la sangat dengan maaf dia tu! Dah buat salah yang tau minta maaf! Ingat senang-senang jeke dengan maaf gitu kita boleh lupakan semua yang dia dah tuduh kita?”

Azril tau Falicia tengah tension.. dia taknak tambah lagi. “Ok.. up to you.. tapi sebelum buat apa-apa decision.. think first ok..”

“Yelarh!”

“Hurm… apa kata Nia cerita sikit apa yang berlaku…at least tau jugak.. lagipun ada kaitan dengan abang kan?? Mana la tau korang kutuk abang ker..”

Falicia menceritakan semua yang berlaku kepada Azriel.. kini barula dia tahu…


Setelah beberapa hari tak datang sekolah. Falicia kembali untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap pelajaran.

Satu jer yang lecehnyer.. tempt duduk dia tepi Yana.. tapi.. selepas timbang kan balik.. mungkin dia dah sedar.. sebab Jojo cakap pun perangai dia dah berubah sekarang ni.. harap-harap la..

“Hai Falicia.. kau dah sihat??”

“Dah.” Sepatah..

“baguslah.. aku minta maaf..”

“Buat apa?”

“Pasal apa yang aku dah buat kat korang selama ni”air mata mula mengalir.

Diam.

“aku sedar aku dah banyak buat silap..aku betul-betul menyesal! Aku minta maaf sangat-sangat!”

“Dah ar.. toksah buat drama kat sini! Malu r orang tengok! Nampak macam aku ni buli kau pulak!”

“Kau maafkan aku la?”

“Hurm.. yela kot,”

“Cakapla betul-betul! Aku minta maaf betul-betul ni!”

“Yela!! Aku Evonne Falicia Dania Lee bt. Evonne Farid Lee dengan segala rasa rendah diri dengan ini memaafkan Nurul Adriana Qasrina bt. Zaidi!”

“Ok Tahnks! Friends!”

“Falicia menyambut tangan Yana. Friends 4 ever!”

“Oleh itu.. boleh aku minta tolong sikit??”

“apa dia?”


‘JIWA KACAU’ entah apa-apa la…

‘ni mesti tak siap kerja cikgu Jesma… hahaha.. tu lah padahnya… siapa tak kenal cikgu Jesma?? Cikgu tertua di sekolah kluster itu.. terkenal dengan mulutnya yang tak berhenti beleter… kadang-kadang merimaskan… trade marknya ‘KELAUT…… JADI DUGONG..” dengan suara yang senagaja disengaukan macam mat saleh cakap melayu.. kalau tak siap kerja yang dia berikan pertama sekali mesti kena beleter… kedua.. kena gantung dengan papan yang di tulis besar-besaran ‘JIWA KACAU’ then kena keliling banggunan sekolah… masuk satu kelas ke satu kelas… malu.. sebab apa jiwa kacau? Sebab bagi cikgu itu.., pelajar yang tidak boleh menyiapkan kerja yang diberinya terdiri daripada golongan bermasalah… selalunya orang yang bermasalah tidak mempunyai jiwa yang tenang dan sentiasa bercelaru. Sebab tu la ‘JIWA KACAU’..

“Oih kau termenung apa?? Muka pun macam ikan termenung jea..”

“Kau nak apa mr. gorilla??” dia ni menyakitkan hati!!!

“Nak cakap dengan kau sikit”

Cakaplah!!! Macam tak biasa pulak! “apadia?? Satu huruf kau cakap RM.10..”

“Kau ni… aku yang cakap aku kena bayar kat kau asakl??”

“Okey takper satu huruf aku cakap RM.10.. keputusan muktamad!”

Danish mengambil sapu tangannya dan di ikat mulut Falicia. “Hmmm!!! Uummm!!! Hhhoommm!!!”
“takyah cakap!”

Danish menyuakan boring kaler hijau. Falicia lemas lalu membuka ikatan Danish.

“Huh! Apa ni??”

“Borang…”

“Borang apa?”

“Tak reti baca ker?”

“Huh!!! Yela aku baca!”

“kau biar betul??”

“Betul la!!!!”

“hey guys! Sibuk nampak?? Ada apa-apa yang serius ker?” hek ala.. Zack ni asal kacau line sangat??huh! takder muka lain ker?

“Rasanya takder kot… kau datang sini apa hal??” tanya Danish.

“Saja.. kan ada orang baru keluar dari hosoital.. so saja nak tanya kabar..”

“awak apa khabar?? Sayang?” tanya Zack. Sambil buat muka miang dia macam baru lepas guling atas rumput! Ni apa kejadahnya panggil aku sayang?? Tak pernah-pernah ada orang panggil aku sayang tetiba jer beruk ni datang panggil aku gitu!

“Baik..” muka Danish yang putih tu dah kelihatan merah.. muka dia pun dah nampak lain.

“Saya risau sangat kat awak tau..”

“Owh yerker?? Thanks” terpaksa!!! Nak ikutkan hati mau ja aku muntah kat muka dia!

“Arr.. Zack!! Aku ada hal kejap dengan Falicia jap gi kau sambung eh.. urgent ni..” Danish menyampuk.

“kau ni.. selalu kacau!”

“Alarh!!! Kejap aje.. kitorang kena pergi cikgu Zaiton panggil.. kan Falicia?”

“Mana ader..” Oppss!! Asal aku bendul sangat?? Hish!! Asal la Falicia ni tunggul sangat!

0 comments: