Sejak kejadian masa tengah berehat hari tu Yana macam dah lain sangat. Dia selalu jauhkan diri dari Falicia. Dengan Che Pah and Jojo ok jer pun. Falicia susah hati dengan Yana. Ada satu pagi tu Falicia tegur Yana macam biasa semasa sampai di kelas.
“Hai Yana!!!”
Yana diam jer.
“weh kau nak tau tak... orang yang kau langgar tu.. Danish tu.. dia bukan senior kita tapi dia tu satu kelas dengan kita.. mungkin dia tak masuk kelas lagi kut bolehla kau mengorat dia.” Falicia saja nak mengusik Yana.sebab dari tadi dia tengok Yana masam jer muka.
Tengok Falicia dengan perasaan geram. “Aku bukan macam kau! Lagipun aku tau la Danish tu bukan senior! Sapa yang cakap senior kau kan?!”
“Kau ni kenapa? Apa yang kau tak puas hati sebbenarnya ni? Cuba cakap dengan aku.”
Panggil Jojo di depan. “Jojo!! Aku nak duduk dengan kau kat depan. Makin lama aku dok kat sini makin aku rasa sakit hati tengok muka dia ni.” Falicia, Che Pah, Jojo tersentak.
Jojo hanya menurut. “Che Pah Kau pergi dok belakang boleh?”
“Haah.. aku tak per.. no problem..”
Kemudian Che Pah macam bisik sesuatu kepada Jojo. “Kenapa dengan Yana?”
“Ntah aku pun tak tau.. dia jadi macam tu sejak hari Jumaat ari tu”
“A’ah kan.. Takkan dia datang bu..”tak sempat Che Pah menghabiskan ayatnya Jojo pantas menjawab. “a’ah.. ari tu.. dia cakap memang dia datang bu... tu.. tapi selalunya ok jer.. takderla dia emo sangat..”
“Hmm... Kesian kat Falicia.. tak pasal2 kan?”
“a’ah.. cepatla.. nanti Yana marah kau pulak”
Kringggg!!!!!!
Loceng rehat dibunyikan tanda dah masuk waktu rehat. Yana tengah kemas buku dan nak gerak ke kantin ngan Jojo.
“Yana, Jom rehat sama..” Falicia beranikan tegur Yana. Dia tak paham kenapa Yana benci sangat kat dia. Sepanjang dia kawan dengan Yana ni first time Yana buat macam ni. Dia tak mau mereka putus persahabatan.
Yana buat tak tau.
“Yana... Jom la..” Falicia menarik tangan Yana.
Sentap balik tangan. “Kau jangan pegang aku! Aku benci kau! Kalau aku tau perangai kau macam ni aku tak hingin nak kawan dengan kau! Kau memang tak tau malu!!” Yana terus berlari meninggalkan Falicia, jojo dan Che Pah. Jojo kesian tengok Falicia yang menangis. Dia berlari meninggalkan Che Pah dan Falicia. Dia kena selesaikan masalah ni. Che Pah hanya boleh tenangkan Falicia.
“Falicia, Relaks ok?”
“Aku tak faham kenapa dia jauhkan diri dari aku? Kenapa dia benci sangat kat aku? Apa salah aku? Betul ker aku ni tak tau malu?” Falicia menangis teresak-esak.
“aku pun tak tau kenapa dia jadi macam ni.. kau sabar la.. janagn menangis sangat.. nanti dia ok la tu..”Che Pah memandang Falicia dengan sayu.
“Che Pah, aku sedih sangat.. isk.. kenapa Yana benci sangat kat aku? Aku sayang sangat kat dia... aku anggap korang semua macam kawan baik aku.. apa salah aku? Teruk sangat ker aku ni?”
“Dah la tu.. kau baik.. sabarla..” Che Pah turut menangis melihat Falicia. Kini baru dia tahu yang Falicia ni walaupun luarannya nampak tegas.. tapi hatinya sanagat sensitif. Sangat rapuh.. dia ni jenis yang mudah luka dan jiwanya sangat lembut.
Yana berlari memasuki tandas. Hatinya pedih,sakit macam kena hiris banyak kali kemudian ditusuk-tusuk dengan jarum, disiram dengan air panas yang bersuhu 100 °c, kemudian diperah dengan air limau. Memang pedih hanya Tuhan saja yang tau. Dia menangis dalam tandas. Tiba-tiba pintu tandas dibuka. Dia nampak wajah Jojo.
“Kenapa kau ni?” Jojo bertanya.
“Takder apa Cuma aku rasa sakit hati”
“apa alasan kau yang menyebabkan kau sakit hati?” Jojo memandang Adriana tanpa sebarang riaksi.
“Aku benci dia” jawab Yana pendek.
“Siapa? Falicia?” Jojo menduga.
“habis siapa lagi kalau bukan perempuan tak guna tu?!” Yana bengang.
“Kenapa kau sanggup cakap macam tu? Dia kawan dengan kau lama dari kami.. kenapa boleh jadi macam ni?”
“Kau tak faham! Dan kau takkan faham!”
“Memang aku tak faham dengan perangai kau ni! Dan memang aku takkan faham sebab kau tak pernah bagitau aku!” sekecil-kecil Jojo tapi kalau dah marah tiada siapa boleh lawan.
“Kau ingat tak masa last hari sukan hari tu? Ada budak laki form 5 datang kat Yana tu kan?”
Akhirnya Yana berlembut.
“A’ah.. jadi.. apa kaitannya dengan korang ni?”
“Sebenarnya... aku dah lama minat kat mamat tu..” Yana malu.
“What?! kau maki Falicia sampai macam ni sebab laki tu panggil Falicia sayang?,” “Kau memang gila Yana!”
“kau tak faham! Aku dah lama pendam perasaan ni.. tapi tiba-tiba orang lain yang rampas!”
“aku faham.. tapi takkan sampai nak jejaskan persahabatan korang?”
Adriana diam..
“Aku rasa baik kau pergi minta maaf dengan dia. Kesian dia Yana.. dia tak tahu apa salah dia..”
“kau jangan paksa aku boleh tak? I’m not ready yet.”
“suka hati kau la..” Jojo meninggalkan tandas.
Sebaik sahaja Jojo sampai di kelas, dia terus menuju ke arah Falicia. Mukanya nampak teruk.. matanya merah,pipi merah, hidung pun merah nampak sangat yang dia menangis.
“Falicia...” panggil Jojo lembut. Falicia mengangkat kepalanya dan tersenyum. “kau ok ke ni?” Jojo susah hati tengok keadaan Falicia.
“Huh.. mm.. aku ok.. kau takyah risau pasal aku.. agaknya.. aku memang tak gunakan? Sampai Yana benci sangat kat aku.. apa salah aku Jojo?”
Tak sempat Jojo menjawab, Yana yang baru masuk ke kelas menyampuk. “Dah tau pun.. kau memang kejam Falicia. Aku masih lagi benci kan kau.” Yana berkata dan palingkan mukanya ke depan. Air mata Falicia yang tadi sudah kering kini turun kembali membasahi pipnya.
Jojo geram dengan sikap Yana tapi dia bersabar begitu juga dengan Che Pah. “sabar la Falicia mungkin hati dia tak sejuk lagi tu..” Che Pah menasihati Falicia. Falicia hanya mampu tersenyum kelat.
Keesokkan pagi, Falicia datang ke sekolah seperti biasa. Tapi dia nampak pucat. Macam tak sihat.
“Falicia kau ok ker ni? Aku nampak kau pucat jer?”
Senyum kelat. “Aku ok..Cuma pening sikit jer.. kau takyah la bimbang.”
Beberapa minit kemudian Yana dan Jojo masuk ke kelas. Mereka berdua teerkejut tengok Falicia.
“Falicia! Kau ok ker ni? kau nampak teruk! Kau tak sihat ker” Jojo pantas menyapa. Yana rasa bersalah melihat Falicia. Adakah dia jadi macam tu sebab aku? Kejam sangatkah aku? Patutkah aku pergi minta maaf kepadanya? Soalan itu bermain-main di fikiran Adriana. Dia hampir hendak meminta maaf kepada Falicia namun, egonya tinggi. Arggh!!! Buat apa aku yang kena minta maaf? Dia yang sakitkan hati aku! Biar dia rasa! Tu baru sikit!
Tidak lama selepas itu, lelaki yang menegur Falicia hari itu datang ke kelas mereka. Lelaki itu tidaklah setampan Danish ataupun Zack.. tapi mukanya ada tarikan untuk membuat kan orang suka padanya. Dia memiliki wajah baby face, comel, bila dia senyum. Tapi kallau dia serius dia nampak macho. Jadi tidak hairanlah Yana suka padanya bagai nak rak. Dia menyuruh Danish memanggil Falicia keluar. Danish melangkah ke tempat Falicia. Apabila sampai di tempat Falicia dia berasa berdebar-debar. Mukanya merah.. mungkin dia teringat akan peristiwa yang pernah terjadi kepadanya dengan Falicia.
“Err..Falicia.” Danish memanggil.
Sebaik sahaja Falicia memusingkan wajahnya kepada Danish, Danish rasa macam nak tercabut jantungnya. Dia juga rasa macam terkena panahan cupid. Dan dia juga berasa resah sebaik sahaja mlihat wajah Falicia yang pucat.
“weh, kau ok ker? Apsal muka kau pucat gitu?” Danish prihatin.
“Err.. aku ok la.. kau jangan risau!” Falicia tersenyum.. entah kenapa dia rasa bahagia bila Danish risaukan dia. Dia juga rasa berdebar-debar bila bertentang mata dengan Danish.
“Fuuhhh...lega aku kau cakap camtu.. oh err.. ada orang nak jumpa dengan kau.”
“Oh ye ker? Siapa?”
“Entah.. tapi dia budak form 5”
“Oh.. aku tau siapa.. thx ya!” Falicia senyum lagi.
Che Pah dan Jojo yang melihat drama tu tadi. “Danish...”
“apa?” Danish buat-buat tak faham.
“Sejak bila kau baik dengan Falicia? Owh my! Jagan cakap yang kau.... dah.. suka....” belum sempat Jojo menghabiskan ayatnya pantas Danish memotong.
“Man.. mana ada! Hei!! Kau jagan fikir yang bukan-bukanla!!!”
“awh... tengok latu... dia malu-malu.. muka pun dah merah..” Che Pah pulak berkata.
Danish memegang pipi. “Ddah la!! Dddari aku layan korang ni baik aku pergi study”
Che Pah dan Jojo gelak. Yana sakit hati bila tengok Falicia dengan Azriel di luar. Bukan main lagi!.
“Abang Riel nak apa?” Falicia bertanya.
“Amboih! Orang susah hati kat dia! dia buat tak suka pulak dengan orang! Sedih tau!”
“Hah.. dah.. abang Riel.. apakah tujuan abang ingin berjumpa dengan Dania?”
“Ok. Macam tula... hah ni.. Mak Ngah cakap Dania tak makan apa pun dari semala betul ker? Lagipun abang tengok muka Nia ni pucat jer... ” Azriel serius.
“Kalau Nia cakap ya apa yang abang nak buat dengan Nia?”
“Tengok tu budak ni.. abang tak buat apa la!” Azriel geram dan mencubit pipi Falicia. Azriel memang suka cubit pipi Falicia yang gebu tu! Dia geram tengok!
“Ish!! Jaganla!! Orang tengok malu la!! Err.. betul la tu...”
“Biarlah malu!! Selalu tak dengar cakap orang pdan muka! Nia... Mak Ngah risau tau. Abang Riel pun risau. Nanti kalau Nia pengsan macam mana?”
“Alah penyakit tu daah lama tak datang takkan datang lagi? Lagipun Nia takder selera la bang..”
“Penyakit tak tentu Nia..” Azriel mendengus.
“Hah takperla.. abangbalik la kelas abang takper nanti Nia makan yer jagan risau bye!!” Falicia lari masuk dalam kelas.
Haih budak ni.. dia halau aku la tu.. Azriel tersenyum melihat telatah Falicia. Tiba-tiba dia terpersan yang ada orang sedang perhatikan dia dari tadi. Kemudian dia bertentang mata dengan Yana. Kenudian dia senyum kat Yana dan terus balik ke kelasnya. Dia tahu tu kawan Falicia. Falicia kerap cerita dengannya pasal kawan-kawan dia.
Pap!!!! “Woi mangkuk! Aku panggil kau dah nak berbuih mulut tinggal nak pecah dah ni! Kau buat dn’t know jer... kau pehal bro?”
“Woi sakitla periuk! Kau nak kasi aku mati ker hah?!”
“Ak’ela... mamat nih.. setakat kena pukul dengan fail tebal ni nak mati apernya.. lembik arr kau ni..” omong Zack. “Kau tak jawab lagi soalan aku! Kau termenung gitu apsal?”
“takder apala...”
“Mana boleh takder papa! Aku tengok kau tersengih-sengih.. ni mesti.. dapat balak baru eh?”Zack tersengih.
“huish!!! Sibuklah kau!!! Mana ada! Dah la.. malas nak layan kau!” Danish berlalu pergi meninggalkan Zack.
“Woi! Tak baik wei!! Kasi tau la sapa!! Danish!!! Woi!!!”Zack menempik tapi Danish buat don’t know.
Falicia rasa pening sangat! Dengan kerja sekolah yang Cikgu Math bagi ni.. nak kena siapkan masa dia takger dalam kelas. Dia pergi kursus sebulan. Tapi kerjanya memang banyak!! Dia taknak diorang duduk sahaja masa ketiadaannya. Ramai yang bersungut.
Tiba-tiba Falicia bangun. “Kau nak ke mana?” tanya Che Pah.
“Err.. aku nak pergi tandas kejap. Rasa tak sedap badanlah..”
“Eh.. kau ok ker Falicia? Aku tengok kau macam teruk jer..”
“Aku ok la.. kau takyah risau.. aku pergi tandas kejap jer..”
“Nak aku temankan?”
“Takyah. Aku boleh pergi sendiri.. lagipun kau ada banyak lagi kerja nak kena buat tu..”
“Ok..”
Falicia jalan hinnga ke depan kelasnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia tak mampu nak jalan lagi. Kepalanya pening sangat. Dia dah tahan.
Buk!!!
Falicia jatuh. Danish yang risau segera pergi ke arah Falicia. Jojo dan Che Pah terus meluru ke arah Falicia. Cuma Yana sahaja tidak. Dia terkejut dan cemas. Adakah semua ini belaku sebab dia?. Zack nampak Danish begitu prihatin sangat dengan Falicia. Dia terfikirkan sesuatu.. mungkinkah Danish suka dekat Falicia? Dia membiarkan persoalan itu bermain di fikirannya. Baru sahaja Danish hendak menggendong Falicia ke bilik sakit tiba-tiba. Azriel yang kebetulan lalu di situ terus masuk ke kelas Falicia untuk menyaksikan apa yang berlaku kerana ramai yang kelihatan cemas dan berkerumun di depan kelas.
“Kenapa ni? Beri laluan!” kata Azriel.
“Ah ada orang pengsan.. Falicia pengsan.” Cakap Shaufi ketua kelas itu.
“Apa?! Falicia?!” Azriel segera menuju kearah Falicia dan merampas Falicia daripada Danish.
Danish terkejut. “Biar aku yang bawak dia. Danish kau tolong bagi tahu guru kelas kau pasal ni...” kata Azriel tanpa memandang kearah Danish. Dia kelihatan begitu cemas. Entah kenapa Danish rasa macam cemburu dengan Azriel.
“Ya Allah Nia.. kenapa degil sangat! Hish!! Abang dah cakap banyak kali dah!”rungut Danish perlahan sesiapapun tidak dengar kecuali Danish. Namun itu pun dah mampu membuat Danish rasa sakit hati.
Danish hanya mampu melihat Falicia dibawa pergi dalam dakapan orang lain. Siapakah Azriel kepada Falicia? Kenapa cara Azriel cakap macam dah lama kenal dengan Falicia? Apakah hubungan diorang?adakah diorang sepasang kekasih? Kenapa Azriel membahasakan dirinya abang? Kenapa Azriel panggil Falicia Dania? Ya Allah!! Dia buntu! Yana yang melihat kejadian itu bertambah sakit luka di hatinya. Semakin berdarah.
Tuesday, September 8, 2009
~Love Story~(AD Untuk FD)5
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Tuesday, September 08, 2009
Labels: 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment