kekadang aku rasa alone... xdak sapa.. kawan?? bila susah baru cari aku... sekarang ni.. tambah lagi.. geng akusuma duk klas lain.. tinggal aku sesat sensorang... ditinggalkan, xdilayan memang dh jadi kebiasaan bagi aku untuk tahun ni.. aku rasa macam xwujud.. kadang2 depa cakap dengan depa ja.. nk p mana pun xajak aku.. sedih tu toksah duk kata la.. walaupun pada pendapat sesetengah orang tahun ni aku jadi peramah gila.. tapi aku terus terang aku xhappy langsung! lama mana lagi aku dapat tahan?? aku pun xtau.. nak mengadu?? dekat sapa? haishh~
Friday, April 9, 2010
Grr~ geram!!
#@?/%*
ok aq dah pnat mencarut sehari suntuk!!! malng sungguh aih!!! kemarin ada buat spotcheck kuku.. aku xtau n memang xdak org tau.. ustazah panggil p depan.. tgok kuku mati dah aku!!! sebagai seorang pengawas aku sentiasa pastikan kuku aku pendek & bersih..(ayat tak boleh go) tapi!! walaubagaimanapun! aku pun teringin jugak simpan kuku.. hahahahha~ xbanyak pun.. sikit~ ja.. jari kelingking.. mai turn aku..
Ustazah: Tunjuk kuku kamu..
lepas tengok..
ustazah: kamu simpan??
Aku: dak aihhh~ terlupa potong hari tu (mohong p la kot2 boleh lpas..)
ustazah: simpan kot..
aku: (dalam hati) aku kata dak dak la!!! haish!!!
kesimpulannya nama aku kena tulis dalam bku.. untuk dmasukkan dalam calon model kuku tercantik.. (paham2 la nooh~)
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Friday, April 09, 2010 0 comments
Wednesday, March 17, 2010
~Cuti Datang Lagi~
TGK: Ok take out your book and do the excercise siapa yang x habih lagi keja hari tu buat sampai habih sapa yg dah habih pass up your book..
AKU: sudahhh~ dia mai buat round la plak.. dia mai tmpat aku!!
TGK: Where's your book?
AKU: err tu.. buku.. xbawak hehehe~
TGK: habih tu kamu mai sekolah bawak pa? teruk btol perangai!
AKU: Wahhh~ melampau!! dah kna mrh awal2 pagi!! gat aku suka2 ka xbawak?? huh??
tiba-tiba cikgu Aziyanti masuk..
ok satlagi kami kena p dewan dengar ceramah personaliti diri??? goshh!!! apa ni?? erghh!!!
Dalam Dewan:
Ahahahahahahaaha!!!~ xmenyesal aku masuk sini.. nasib baik penceramah tu pandai buat lawak..
Dah nak dekat pukui 12 nak balik dah yess!!! lepas ni cuti!!! tapi.. malang sungguh busuk hanget btol! oleh sebab ada beberapa org pakai tshirt sekolah tanpa sebab dengan2 aku skali stuck kat sini pehal?? pungkok aihh~ xpatuhi disiplin skolah.. aku la xtahan btol cair taik tlinga.. bukan aku yang buat!! bagi la aku balikk!!!
lastly daripada balik pukui 12 jadi pukui 12.30.. jebon sungguh aih.. hang tgok... lpas ni aku cekik sapa yang pakai tshrt tu..!!
14.3.2010
mengikut perancangan asal family aku untuk cuti ni kami nk blik kampng.. dalm pjalann tu boleh la sggh sat p tgok wayang ceta pa?? alice in the wonderland la.. aku dok mengidam lama dah nk tgok.. (ok aku tipu xla lama sgt aku mngidam..hehehe ) tapi.. skali lg taik lembu kna muka aku.. xjadi p n ksimpulannya cuti aku hanya di rumah sebab ap?? ayh aku tetiba outstation mak aku mmg cuti dah tapi bila ayah aku balik dari outstation dpa dua-dua orang sebuk ja aku tengok dan tggal la aku dengan adik aku kat rumah cuti xbuat apa.. asalnya banyak plan nk buat semua hancus! hanget btol! kematian kutu aku duk kat umah.. dah la bkak skolah ni nak amik result peksa ari tu.. malng sungguh.. nak ceta sket.. kjadian mlg aku masa nk ambik peksa.. boleh aku lupa bawak kertas kajang.. aku nak jwab bm plak tu!! nk tulis atas apa?? nasib baik la kawan aku ni murah maksud aku murah hati.. hehehe~ N LAGI SATU KJADIAN MLG.. aku xbawak kotak pensil .. bygkan la.. aku duj lukis lukisan hamparan dalam math xpkai pmbaris.. kecut aku.. slap2 math dpt F.. = FAILED tidakkkkk~
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Wednesday, March 17, 2010 0 comments
Tuesday, March 16, 2010
exam oh exam~
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Tuesday, March 16, 2010 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
~Love Story~(AD Untuk FD)7
“Err.. ok lah,.. aku nak pergi tandas jap.” Jojo pantas meninggalkan Yana dan Falicia sendiri.
Kawan aku ke tu?? Tak guna dia tinggal je aku. Nak tempik suruh datang balik kang nurse muka cam buaya betina tu marah lak… tapi duduk kat sini rasa cam tengah berdepan dengan singa betina la pulak..’
“Hai.. err… lama tak jumpa kau macam mana??” asiseh!! Rasa janggal gila… muka tu tak nak senyum langsung.. aku nak senyum pun rasa cam tak patut lak..
“macam yang kau nampak”
“Aku nampak?? Aku nampak muka kau dah berkedut.. nampak tua.. mungkin sebab kau tak senyum kot..” ‘tak ke bodoh sangat aku ni??? Laju jer ayat yang menyakitkan hati tu nak keluar kalah minyak pelincir! kang aku rasa aku dah nak kena makan.’
“ok.. aku takder masa nak main-main.. aku datang nak tanya apa hubungan kau dengan Azril?”
‘ceh! Bertuah punya kawan! Bukannya nak tanya aku yang tengah terlentang ni ok ke tak yang tu pulak dia tanya takder perasaan ker?? Apa yang dia sibuk sangat pasal aku dengan azril asal?? Ni mesti kes macam Danish! Suka salah anggap! Tapi aku tak paham asal diorang dua orang manusia tu kalau tanya aku soalan tu mesti serius! Ni yang aku menyampah! Benci! Geram! Semua la!
“takder apa.. kenapa? Penting ker kau nak tau? Sampai kawan kau yang sakit ni kau tak peduli langsung? main redah sebab nak tanya tu…
Tak sempat Falicia menghabiskan ayatnya. “Kau patut ker aku iktirafkan jadi kawan aku? Kawan makan kawan!”
“Hey apa yang kau merepek ni hah? Aku tanya buat kali keberapa aku pun tak tau apa masalah kau sebenarnya?? Sampai tak hujan tak rebut tetiba jer taufan asal?”
“Kau jangan buat-buat tak tau!”
“Dah memang aku tak tau!”
“Pasal Azril! Kau jangan cakap yang kau tak tau apa-apa!”
“Azril, Azril, azril!!! Kenapa dengan dia?? Apa kaitannya hubungan aku dan Azril dengan kau?!!”
“Aku..”
“Kenapa?? Bagitahu aku apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku sampai kau marah sangat??”
“Aku suka kat..”
Falicia menunggu dengan sabar. “Teruskan”
“aku suka dekat Azril.” Perlahan.
Falicia tersentak. Patutlah.. bukan main masam muka dia aku tengok bila aku jumpa Azril.. tapi dia sanggup putuskan persahabatan kami demi benda tu jer?
“Owh.. baru aku paham.. tapi aku tak sangka yang kau sanggup marah aku sebab benda remeh gitu. Kau ni kawan jenis apa hah? Lama dah aku pendam. Kau anggap aku macam sampah! Masa kau perlukan aku baru kau sibuk cari aku! Kau macam tak kisah kalau aku ada ke tak ada ker.. bagi kau aku ni tak bermakna apa pun walau sikit pun tak!”
Air mata yang lama ditahan gugur juga. Mengenangkan banyak sangat memendam rasa. Memang benar..selama ini Adriana kurang memberi perhatian kepada Falicia walaupun mereka kelihatan rapat. Lihat sajalah kejadian ini. Kalau Adriana percayakan Falicia takkan berlaku perbalahan antara mereka. Falicia sedar.. selama ini pun semasa dia susah hati atau bersedih Adriana hanya akan memujuk dia gitu-gitu jer.. selebihnya Yana akan meninggalkan dia seorang diri. Kawan-kawan mereka yang lain juga terasa dengan sikap Yana. Tapi apabila bersama teman lamanya dia tidak pula bersikap begitu. Pernah suatu hari Jojo mengajak mereka berempat stay dekat sekolah. Semua bersetuju kecuali Yana. Alasannya dia mahu pulang awal nanti ibunya marah. Memang tidak dinafikan setiap kali waktu balik Yana akan bersikap dingin dengan mereka. Walaupun terserempak dekat tempat menunggu dia tidak akan menegur melainkan mereka yang memulakan dahulu. Kebiasaanya tiba waktu pulang Yana akan terlebih dahulu keluar dari kelas. Tetapi pada hari Yana menolak untuk keluar bersama mereka,secara kebetulan mereka terserempak Yana di supermarket yang berdekatan. Mereka pergi ke supermarket itu dahulu kerana Jojo ingin membeli topup. Dah terserempak tegur pun tidak dia Cuma senyum. Macam tu ker kawan baik? Kami nampak dia berjalan dengan kawan satu sekolah rendahnya Fina. Merekalah yang menegur Yana mereka ajak Yana dan Fina makan bersama diorang menolak takpelah mungkin diorang ada plan lain tapi bukankah tadi Yana cakap dia kena balik awal? Jadi apa dia buat dengan Fina?
Sesampai di kedai makan mereka nampak Yana dan Fina makan di tempat yang sama. Seingat dia tadi dia dah bagitau nama kedai makan yang diorang nak pergi makan tapi Yana cakap “Tak nak arh! Korang nak pergi pergi la,,” hanya tuhan yang tau betapa sakitnya hati Falicia, Jojo dan Che Pah. Apa kena dengan minah ni? Satu lagi kejadian semasa di hadapan perpustakaan awam. Kebetulan sekolah mereka bertentangan dengan perpustakaan awam. Mereka menunggu di depan perpustakaan sahaja sekali-sekala ingin berubah angin. Selalunya waktu ni Yana dah balik. Tapi hari tu mereka nampak Yana berjalan melintasi mereka. Yana melihat mereka dengan muka selamba seperti tidak kenal mereka langsung! Dia melintas dengan Fina dan masuk ke dalam perpustakaan. Tegur mereka pun tak! apatah lagi nak ajak masuk sekali! “Dia tegur kita pun tak kan?” Falicia berkata.
“Biasalah.. siapa la kita ni? Dengan kawan lama dia layan macam anak raja dengan kita? Menyakitkan hati! Kita ni kan bising! Hodoh! Bodoh! Mana layak keluar dengan dia?”
“Betul… kotla dia nak ajak kita masuk tadi..”
“Tak payah mimpila dia nak pedulikan kita ni Che pah!”
Banyak sangat Yana telah melukakan hati kawan-kawannya antara dia sedar ataupun tak tak tahulah.
“Aku dengan Azril takder apa-apa! Kami cousin salahkah? Dia anggap aku macam adik dia?”
Yana betu-betul terkejut! “kau saja reka cerita kan?? Kau nak tutup kesalahan kau, kau saja reka benda ni semua aku tak sangka yang kau sekeji ni! Aku tak percaya!!”
“menatang apa la yang rasuk kau sampai macam ni Yana?? Aku ni kawan kau tau tak?? Kalau kau tak percaya sangat kau tanya Danish.. kau tanya Che Pah, Jojo dan kalau tak percaya jugak kau tanya la Azril sendiri!”
“Heh! Kau ingat aku bodoh?? Tolongla! Mesti kau yang suruh diorang cakap macam tu kan?”
“Hey!! Yana watch your word! Aku bukan manusia jenis macam tu! Apa kena la dengan kau nie?! Aku tak sangka yang kau boleh jadi macam ni sekali sebab jealous! Simple thing! Tapi kau yang besarkan!”
Di luar bilik Falicia.
‘hish!! Macam serius jer aku dengar’ bisik Jojo dalam hati.
“Oit! Apa yang terhendap-hendap tu?”
“Shhh!!!... jangan kacau aku la!! Diam je! Ada masalah besar ni! Kang kalau diorang tau macam mana?”
“Kau cakap senang!!! Ada kau kisah perasaan aku??!!” kedengaran suara Yana dari dalam.
“aku memang tak tau apa pun!!! Kau tu yang banyak sangat berahsia!!”Falicia membalas.
“Hey… apa yang dah jadi tu?? ” tanya suara itu.
“haish!! Kau ni.. ni la.. Yana gaduh dengan Falicia pasal Azril!”
“Kenapa dengan Azril?’
“Kau ni ketinggalan zaman la!! Yana tu minat kat Azril la! Tapi…. Sebelum Jojo menghabiskan ayatnya dia baru perasan.. dia cakap dengan siapa? Che Pah?? Tak mungkin! Che Pah dah lama balik! Perlahan-lahan dia pusing belakang.
Terkejut!!!! “Azril… ma.. ma..cam mana err… ksu ala ksu pulak kau ada kat sini?”
Memuncungkan mulut. “tu.. nak melawat tu.. kau tak habis cerita lagi kan?? Cerita la..”
“Ehehehe… mana ada apa-apa..”
“Takper tak nak kasi tau biar aku masuk dalam.”
“Ehh… jangan!!!!” tak sempat Jojo nak menghalang dia yang ditolak ke tepi.. Ceh!!!!! Mentang-mentang la aku kecik suka hati dia aje nak angkat aku!
“shh… budak tecik.. kena duk diam-diam kat sini.. jangan halang budak besar nak lalu.. kalau tak nanti kena penyek!” Azril berlalu sambil ketawa terbahak-bahak.
Jojo mencebik!
“Berapa kali aku nak cakap yang Azril tu sepupu aku! Apa pasal susah sangat kau nak faham bahasa hah??!! Kau fitnah aku bukan-bukan!!! Apa kau ni?!
“Ehem..”
Sunyi…
“Abang Ril..”
“Apa bising-bising ni?? Sampai nama abang pun ada sekali?”
“Hah.. baguslah.. dia pun dah datang apa kata kau tanya jer dia!” Suara Falicia kedengaran kasar.
“Tanya apa? Err…”
“Adriana. Juz call me Yana”
“Owh,,, Yana.. so apa kecoh-kecoh ni?”
“Betul ke awak dengan Falicia sepupu?”
“Yup!” yakin sekali.
“Kenapa ada masalah ker Yana?”
“bukan Falicia yang suruh awak mengaku?” Sinis. Falicia dah sangat-sangat geram.
“Nope! Asal awak cakap macam tu? Awak tak percaya kawan awak sendiri ker??”
“Takperla.. saya balik dulu.. aku minta maaf Falicia. Kau betul. Aku memang tak layak jadi kawan yang baik.
“Bagusla kalau kau dah sedar.. harap lepas ni.. kau tak buat perkara yang sama.”
“Maaf..” Yana berlalu pergi.
“Tak baik cakap macam tu..” Azril bersuara.
“Naaaa~ lantak dia arh!! Malas! Tuduh orang yang bukan-bukan”
“But dia dah minta maaf kan??”
“Peduli la sangat dengan maaf dia tu! Dah buat salah yang tau minta maaf! Ingat senang-senang jeke dengan maaf gitu kita boleh lupakan semua yang dia dah tuduh kita?”
Azril tau Falicia tengah tension.. dia taknak tambah lagi. “Ok.. up to you.. tapi sebelum buat apa-apa decision.. think first ok..”
“Yelarh!”
“Hurm… apa kata Nia cerita sikit apa yang berlaku…at least tau jugak.. lagipun ada kaitan dengan abang kan?? Mana la tau korang kutuk abang ker..”
Falicia menceritakan semua yang berlaku kepada Azriel.. kini barula dia tahu…
Setelah beberapa hari tak datang sekolah. Falicia kembali untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap pelajaran.
Satu jer yang lecehnyer.. tempt duduk dia tepi Yana.. tapi.. selepas timbang kan balik.. mungkin dia dah sedar.. sebab Jojo cakap pun perangai dia dah berubah sekarang ni.. harap-harap la..
“Hai Falicia.. kau dah sihat??”
“Dah.” Sepatah..
“baguslah.. aku minta maaf..”
“Buat apa?”
“Pasal apa yang aku dah buat kat korang selama ni”air mata mula mengalir.
Diam.
“aku sedar aku dah banyak buat silap..aku betul-betul menyesal! Aku minta maaf sangat-sangat!”
“Dah ar.. toksah buat drama kat sini! Malu r orang tengok! Nampak macam aku ni buli kau pulak!”
“Kau maafkan aku la?”
“Hurm.. yela kot,”
“Cakapla betul-betul! Aku minta maaf betul-betul ni!”
“Yela!! Aku Evonne Falicia Dania Lee bt. Evonne Farid Lee dengan segala rasa rendah diri dengan ini memaafkan Nurul Adriana Qasrina bt. Zaidi!”
“Ok Tahnks! Friends!”
“Falicia menyambut tangan Yana. Friends 4 ever!”
“Oleh itu.. boleh aku minta tolong sikit??”
“apa dia?”
‘JIWA KACAU’ entah apa-apa la…
‘ni mesti tak siap kerja cikgu Jesma… hahaha.. tu lah padahnya… siapa tak kenal cikgu Jesma?? Cikgu tertua di sekolah kluster itu.. terkenal dengan mulutnya yang tak berhenti beleter… kadang-kadang merimaskan… trade marknya ‘KELAUT…… JADI DUGONG..” dengan suara yang senagaja disengaukan macam mat saleh cakap melayu.. kalau tak siap kerja yang dia berikan pertama sekali mesti kena beleter… kedua.. kena gantung dengan papan yang di tulis besar-besaran ‘JIWA KACAU’ then kena keliling banggunan sekolah… masuk satu kelas ke satu kelas… malu.. sebab apa jiwa kacau? Sebab bagi cikgu itu.., pelajar yang tidak boleh menyiapkan kerja yang diberinya terdiri daripada golongan bermasalah… selalunya orang yang bermasalah tidak mempunyai jiwa yang tenang dan sentiasa bercelaru. Sebab tu la ‘JIWA KACAU’..
“Oih kau termenung apa?? Muka pun macam ikan termenung jea..”
“Kau nak apa mr. gorilla??” dia ni menyakitkan hati!!!
“Nak cakap dengan kau sikit”
Cakaplah!!! Macam tak biasa pulak! “apadia?? Satu huruf kau cakap RM.10..”
“Kau ni… aku yang cakap aku kena bayar kat kau asakl??”
“Okey takper satu huruf aku cakap RM.10.. keputusan muktamad!”
Danish mengambil sapu tangannya dan di ikat mulut Falicia. “Hmmm!!! Uummm!!! Hhhoommm!!!”
“takyah cakap!”
Danish menyuakan boring kaler hijau. Falicia lemas lalu membuka ikatan Danish.
“Huh! Apa ni??”
“Borang…”
“Borang apa?”
“Tak reti baca ker?”
“Huh!!! Yela aku baca!”
“kau biar betul??”
“Betul la!!!!”
“hey guys! Sibuk nampak?? Ada apa-apa yang serius ker?” hek ala.. Zack ni asal kacau line sangat??huh! takder muka lain ker?
“Rasanya takder kot… kau datang sini apa hal??” tanya Danish.
“Saja.. kan ada orang baru keluar dari hosoital.. so saja nak tanya kabar..”
“awak apa khabar?? Sayang?” tanya Zack. Sambil buat muka miang dia macam baru lepas guling atas rumput! Ni apa kejadahnya panggil aku sayang?? Tak pernah-pernah ada orang panggil aku sayang tetiba jer beruk ni datang panggil aku gitu!
“Baik..” muka Danish yang putih tu dah kelihatan merah.. muka dia pun dah nampak lain.
“Saya risau sangat kat awak tau..”
“Owh yerker?? Thanks” terpaksa!!! Nak ikutkan hati mau ja aku muntah kat muka dia!
“Arr.. Zack!! Aku ada hal kejap dengan Falicia jap gi kau sambung eh.. urgent ni..” Danish menyampuk.
“kau ni.. selalu kacau!”
“Alarh!!! Kejap aje.. kitorang kena pergi cikgu Zaiton panggil.. kan Falicia?”
“Mana ader..” Oppss!! Asal aku bendul sangat?? Hish!! Asal la Falicia ni tunggul sangat!
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Tuesday, December 29, 2009 0 comments
Labels: 7
Sunday, November 22, 2009
~Love Story~ (AD untuk FD)6
Falicia membuka matanya perlahan-lahan. ‘huh! Aku kat mana ni?? Putih jer.. takkan kat white house?? Arh!! Merapik apa nyer kat white house! Baru semalam duk kat sekolah lagi..’ kata Falicia dalam hati.
KREEEKK….. bunyi pintu ditolak. Falicia dah cuak ‘haih! Pintu dah lama terbuka mana orang?? Seram aku… dah la kat hospital banyak cerita-cerita yang.. aku tak nak pikir!!! Kang aku mati kat sini sensorang kang kesian nurse tu nak angkat aku bukannya ringan mana pun!’ “Hoi!!!! Siapa tu??? Kacau je malam-malam buta gini!!!! Nak masuk-masuk jer la!!!! Toksah sembunyi la!!! Ingat aku takut ker kat kau?? Kau tu manusia kan?? Ini Falicia larh!!!! Kau tak kenal siapa aku baik kau jangan main-main!!!! Kang aku bagi kau front kick aku yang berbisa ni baru kau tau!!!! Tak memasal kau yang duduk kat hospital ni!” ‘ish!!!! Apa yang aku melalak cam orang gila tak cukup makan ni???’
Tetiba ada satu kelibat masuk. “Shhh…. Kau ni kan.. tak boleh ker cakap pelan-pelan?? Ni hospital tau tak?? Aku terbuka la pintu ni tadi.. memula memang la aku nak masuk pastu bom nuclear dalam perut aku ni dah nak meletup la.. so aku pergi la tandas sekejap!!! Itu pun kau dah kecoh! Kau takut eh??”
“Oi oi!!!! Kau cakap biar la berlapik sikit!!! Harap bibir jer tebal cam gorilla tapi sikit pun tak boleh guna untuk lapikkan mulut kau tu!!! Pengotor!!! Yang kau tu datang malam-malam macam ni asal?? Buang tebiat??”
“ apa kau cakap??? Berani kau cakap aku gorilla?? Tak takut mati ke hah?? Dah lama sangat ke hidup?? Macam la bibir kau tu cantik sangat!! Bibir lembik jer macam janggut sotong kurita! Berbiji-biji pulak tu!!!! Kang goyang sana goyang sini! Huh!!!”
Kembang jer telinga Falicia dengar dah kembang besar telinga gajah.. ehh… mamat ni kan.. dia yang mula dulu kang dah over pulak dia mengutuk aku!!! Smpai sotong kurita pun dah masuk sekali ni dah lebih dari cikgu azhana dah ni.. siapa tak kenal cikgu Azhana?? Guru geografi yang suaranya nyaring dan kuat beleter… tak memasal je ada jer orang yang dia nak sembur!
“oi!!! Yang kau over sangat ni kenapa?? Kalau datang sini setakat nak bagi aku sakit hati baik kau pergi cakap dengan cicak yang belungguk kat rumah kau tu!!!! Kasi berbulu telinga aku jea… dah tu aku Tanya bukan nya reti nak jawab!!!”
“Huh!!! Kau ingat aku ni apa huh??? Nak suruh cakap dengan cicak.. tapi apa kata kalau kau je yang jadi cicak tu?? Kau pun cam familiar dengan cicak. Aku datang sini nak melawat kau la!”
“malam-malam macam ni??”
“Heh!! Cuba kau selak langsir tu.,,”
Falicia mengikut arahan Danish.
“amacam?? Malam ker?? Gelap sikit je sebab baru hujan… apada…”
“Ceh!!! Mana la aku tau!!! Aku baru jer sedar tadi.. mak ayah aku ada datang tak??”
“dah.. lama dah.. diorang balik rehat kejap… karang malam diorang datang balik… mak ayah kau caring kan??? Dua-dua orang bukannya lapang sangat.. tapi diorang tetap ambik berat tentang kau kan??”
“a’ah… mak ayah kau pulak?? Kau datang dengan siapa ni??”
“ayah aku sibuk sikit.. mak aku selalu ikut ayah aku.. apa pun aku memang selalu kena tinggal sensorang.. aku datang dengan driver aku larh..”
“aiceh.. lupa yang kau anak datuk… memang la mak ayah kau sibuk sejuta kali ganda dari mak ayah aku… lek la… take it easy…kau kan masih ada kawan..”
“aku tak suka la kalau orang cakap macam tu! Aku tak suka orang kawan dengan aku sebab aku ni anak datuk! Tak ikhlas! Pura-pura!”
“hurm… tak dinafikan hampir semua yang nak kenal kau sebab kau anak datuk.. and the others maybe bout your face.. I guess…” kata Falicia sambil makan pisang.
“termasuk kau??” ‘heh.. muka aku?? Dia mengaku yang aku hensem ker??’
“kau rasa?? Terpulanglah pada kau nak kategorikan aku sebagai apa.. sebab kalau aku nafikan pun tapi hati kau dah cakap aku macam tu aku tak boleh nak buat apa…”
“Heh… aku rasa kau tak…”
“kenapa?”
“entah.. aku percayakan kau..”
“thanks sebab sudi percayakan aku.. mr gorila”
“Sudah la.. kau berceramah sambil makan pisang.. macam monyet! Dah tu cakap aku gorilla yang kau tu?? Monyet.. memekik je kerja Aku datang sini saja melawat kau… tapi tengok kau elok jea… maklumlah… BF dia angkat… mesti la seronok kan??” ada sedikit cemburu di situ.
Hampir tercekik pisang yang baru digigit. “Uhuk!!! Uhuk!!!” Falicia batuk.
“Eh kau ok ker??”
“Kau kalau yer pun nak bagi aku mati cepat jagan la masa aku makan.. tak nikmat tu!! Dah la aku lapar macam nak mati! BF?? Apa yang kau mengarut ni>?? Siapa yang angkat aku??” ‘tak guna punya gorilla! Dia cakap aku monyet?? Tak per at least! Aku kecik dari dia! Monyet baik gorilla lagi teruk tak memasal melalak dah tu tepuk dada lubang hidung besar kawah makcik kantin! Huh! Sapa lagi teruk?’
“Srryla.. tak sengaja” dia tak tahu kenapa dia boleh cakap sebaik tu. ‘argh!!! Lupakan!!!’
“Siapa lagi… kalau bukan budak Form 5 tu?? Azril!”
“Huh… siapa cakap BF aku?? Aku tak declare kan pun…”
“Alarh… belum declare.. tapi dah nak declare dah kan?? Sama la tu…”
‘Hurm… kalau dia BF aku pun.. yang kau nak marah-marah ni kenapa??”
“Takderlarh!! Mana ader aku marah!!! Perasan!!”
“Ye latu… abes.. yang nak tengking tak memasal tu?? Huh.. dia bukan BF aku la.. he’s my only one cousin la.. saya anggap dia macam abang saya sebab saya takder abang.. so salahkah dia sekadar nak tolong angkat sepupu dia?? Ker awak jealous??” ‘Yihh!!! Jap-jap.. how come aku boleh cakap awak saya pulak?? Mulut aku ni ka nasal dari sedar tadi macam tak betul jer.. dia tak perasan kot.. buat tak tau buat tak tau..’
Jelas terpamer rasa lega di wajah Danish. “Hello!!! Takder maknenyer nak jealous!!! Tadi kau cakap kau lapar kan??”
“a’ah… asal??” ‘fuhhh!!!.............. lega aku dia tak perasan!’
“Nak ajak makan la… jom.. turun bawah makan”
“Really?? Asal kau baik sangat?? Kau dah letak racun ke dalam makanan tu eh??” Falicia berperasangka.
Danish tenung tajam.”Kau nak suruh aku letak sungguh ker?”
“err… tak.. jom makan!!!” Falicia lari meninggalkan Danish yang menakutkan itu. Danish hanya tersengih menggeleng. ‘heh.. tau takut..’
‘hurm… Danish dah balik… bosan la pulak tak leh cari gaduh…’
‘apa aku nak buat ni?? Aku rasa macam tersekat kat kandang lembu je..’
Pintu dibuka. “Falicia ada orang nak jumpa.”
“owh come in..” cewah!!! Macam mak datin lak aku ni.. tak per sekali sekala…
“Oih minah!!! Apa kabo??”
“Aku agak dah… mesti belanga ni yang datang… datang nak bagi aku dapat penyakit jantung!”
“Alarh kitorang jasi surprise! Baru gempak sikit hospital ni.. ni tak sunyi… sakit jer aku tengok.” Kata Jojo.
“surprise taik minyak kau!! Dah nama pun hospital memang la sunyi nak ikut kau bukak hospital nanti bukan nak bagi orang sembuh bagi orang mati cepat lagi ader ar masuk hospital kau.”
“Kau ni kan… sama jea kan?? Sakit ke tak sakit ker mulut tu memang berdesing telinga aku dengar kau kutuk orang.” Jojo berkata.
“tak… aku bukan kutuk tapi ini la cara pakar menilai orang..” dengan muka bangga.
‘ceh… kau menilai orang kasi hati orang berdarah jer baik takyah! Dah la! Aku balik dulu!! Sakit hati cakap dengan kau.” Jojo berpura-pura… sebenarnya kalau first time dulu memang dia rasa sakit hati tapi bila dah lama biasa la tu.. tu la cara Falicia bergurau.
“aku ni bukan apa… aku tak kisah kau nak balik ke nak pergi mana ker… tapi kasi la benda yang kau bawak tu kat aku.. tak baik kalau niat nak bagi kat orang sakit tapi ambik balik.. buruk siku namanya tu..”
Jojo melihat kea rah yang ditunding o;leh Falicia. Sebua bakul rotan yang diisi dengan makanan yang dijinjing oleh Jojo.
“Ceh kau tak guna! Tau makan jerk kau! Nah la!” Jojo memberi lalu duduk di atas katil Falicia.
“Aik cakap nak balik? Asal duduk lagi??”
“Amboih! Halau nampak?” ambil balik bakul dari Falicia.
“taklah.. duduklah.. buat macam hospital bapak kau punya.. dah bak sini bakul tu!”
“Kau ni kan… bukan tadi kau dah makan ker??”
“mana kau tau?”
“aku datang lama dah… melawat orang lain.. aku turun bawah nampak kau tengah makan dengan Danishh… hehehe…”
“Owh betul la… tapi aku bosan! Kalau bosan aku memang lapar!”
Falicia buat-buat tak dengar ayat Jojo yang hujung sekali.
“HEHEHe!!!!...”
Buat-buat tak dengar lagi.
“HEHEHEHEHE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Ehem tolong diam sikit!” tegas suara seorang nurse yang menegur mereka.
Falicia buat muka bodoh. “Ambik kau.. hehehehe… sangat.. apa yang kau nak ni??”
“Kau dengan Danish…” belum sempat Jojo menghabiskan ayatnya Falicia dah memotong.
“Hah!!! Takder apa-apa pun!!! Toksah mengarut!!! Kang aku sumbat bulut kau dengan epal gemuk ni!”
“Hehehe… aku teka jerr…”
Pintu dibuka. Kelihatan Adriana masuk ke dalam bilik itu.
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Sunday, November 22, 2009 0 comments
Labels: 6
Tuesday, September 8, 2009
~Love Story~(AD Untuk FD)5
Sejak kejadian masa tengah berehat hari tu Yana macam dah lain sangat. Dia selalu jauhkan diri dari Falicia. Dengan Che Pah and Jojo ok jer pun. Falicia susah hati dengan Yana. Ada satu pagi tu Falicia tegur Yana macam biasa semasa sampai di kelas.
“Hai Yana!!!”
Yana diam jer.
“weh kau nak tau tak... orang yang kau langgar tu.. Danish tu.. dia bukan senior kita tapi dia tu satu kelas dengan kita.. mungkin dia tak masuk kelas lagi kut bolehla kau mengorat dia.” Falicia saja nak mengusik Yana.sebab dari tadi dia tengok Yana masam jer muka.
Tengok Falicia dengan perasaan geram. “Aku bukan macam kau! Lagipun aku tau la Danish tu bukan senior! Sapa yang cakap senior kau kan?!”
“Kau ni kenapa? Apa yang kau tak puas hati sebbenarnya ni? Cuba cakap dengan aku.”
Panggil Jojo di depan. “Jojo!! Aku nak duduk dengan kau kat depan. Makin lama aku dok kat sini makin aku rasa sakit hati tengok muka dia ni.” Falicia, Che Pah, Jojo tersentak.
Jojo hanya menurut. “Che Pah Kau pergi dok belakang boleh?”
“Haah.. aku tak per.. no problem..”
Kemudian Che Pah macam bisik sesuatu kepada Jojo. “Kenapa dengan Yana?”
“Ntah aku pun tak tau.. dia jadi macam tu sejak hari Jumaat ari tu”
“A’ah kan.. Takkan dia datang bu..”tak sempat Che Pah menghabiskan ayatnya Jojo pantas menjawab. “a’ah.. ari tu.. dia cakap memang dia datang bu... tu.. tapi selalunya ok jer.. takderla dia emo sangat..”
“Hmm... Kesian kat Falicia.. tak pasal2 kan?”
“a’ah.. cepatla.. nanti Yana marah kau pulak”
Kringggg!!!!!!
Loceng rehat dibunyikan tanda dah masuk waktu rehat. Yana tengah kemas buku dan nak gerak ke kantin ngan Jojo.
“Yana, Jom rehat sama..” Falicia beranikan tegur Yana. Dia tak paham kenapa Yana benci sangat kat dia. Sepanjang dia kawan dengan Yana ni first time Yana buat macam ni. Dia tak mau mereka putus persahabatan.
Yana buat tak tau.
“Yana... Jom la..” Falicia menarik tangan Yana.
Sentap balik tangan. “Kau jangan pegang aku! Aku benci kau! Kalau aku tau perangai kau macam ni aku tak hingin nak kawan dengan kau! Kau memang tak tau malu!!” Yana terus berlari meninggalkan Falicia, jojo dan Che Pah. Jojo kesian tengok Falicia yang menangis. Dia berlari meninggalkan Che Pah dan Falicia. Dia kena selesaikan masalah ni. Che Pah hanya boleh tenangkan Falicia.
“Falicia, Relaks ok?”
“Aku tak faham kenapa dia jauhkan diri dari aku? Kenapa dia benci sangat kat aku? Apa salah aku? Betul ker aku ni tak tau malu?” Falicia menangis teresak-esak.
“aku pun tak tau kenapa dia jadi macam ni.. kau sabar la.. janagn menangis sangat.. nanti dia ok la tu..”Che Pah memandang Falicia dengan sayu.
“Che Pah, aku sedih sangat.. isk.. kenapa Yana benci sangat kat aku? Aku sayang sangat kat dia... aku anggap korang semua macam kawan baik aku.. apa salah aku? Teruk sangat ker aku ni?”
“Dah la tu.. kau baik.. sabarla..” Che Pah turut menangis melihat Falicia. Kini baru dia tahu yang Falicia ni walaupun luarannya nampak tegas.. tapi hatinya sanagat sensitif. Sangat rapuh.. dia ni jenis yang mudah luka dan jiwanya sangat lembut.
Yana berlari memasuki tandas. Hatinya pedih,sakit macam kena hiris banyak kali kemudian ditusuk-tusuk dengan jarum, disiram dengan air panas yang bersuhu 100 °c, kemudian diperah dengan air limau. Memang pedih hanya Tuhan saja yang tau. Dia menangis dalam tandas. Tiba-tiba pintu tandas dibuka. Dia nampak wajah Jojo.
“Kenapa kau ni?” Jojo bertanya.
“Takder apa Cuma aku rasa sakit hati”
“apa alasan kau yang menyebabkan kau sakit hati?” Jojo memandang Adriana tanpa sebarang riaksi.
“Aku benci dia” jawab Yana pendek.
“Siapa? Falicia?” Jojo menduga.
“habis siapa lagi kalau bukan perempuan tak guna tu?!” Yana bengang.
“Kenapa kau sanggup cakap macam tu? Dia kawan dengan kau lama dari kami.. kenapa boleh jadi macam ni?”
“Kau tak faham! Dan kau takkan faham!”
“Memang aku tak faham dengan perangai kau ni! Dan memang aku takkan faham sebab kau tak pernah bagitau aku!” sekecil-kecil Jojo tapi kalau dah marah tiada siapa boleh lawan.
“Kau ingat tak masa last hari sukan hari tu? Ada budak laki form 5 datang kat Yana tu kan?”
Akhirnya Yana berlembut.
“A’ah.. jadi.. apa kaitannya dengan korang ni?”
“Sebenarnya... aku dah lama minat kat mamat tu..” Yana malu.
“What?! kau maki Falicia sampai macam ni sebab laki tu panggil Falicia sayang?,” “Kau memang gila Yana!”
“kau tak faham! Aku dah lama pendam perasaan ni.. tapi tiba-tiba orang lain yang rampas!”
“aku faham.. tapi takkan sampai nak jejaskan persahabatan korang?”
Adriana diam..
“Aku rasa baik kau pergi minta maaf dengan dia. Kesian dia Yana.. dia tak tahu apa salah dia..”
“kau jangan paksa aku boleh tak? I’m not ready yet.”
“suka hati kau la..” Jojo meninggalkan tandas.
Sebaik sahaja Jojo sampai di kelas, dia terus menuju ke arah Falicia. Mukanya nampak teruk.. matanya merah,pipi merah, hidung pun merah nampak sangat yang dia menangis.
“Falicia...” panggil Jojo lembut. Falicia mengangkat kepalanya dan tersenyum. “kau ok ke ni?” Jojo susah hati tengok keadaan Falicia.
“Huh.. mm.. aku ok.. kau takyah risau pasal aku.. agaknya.. aku memang tak gunakan? Sampai Yana benci sangat kat aku.. apa salah aku Jojo?”
Tak sempat Jojo menjawab, Yana yang baru masuk ke kelas menyampuk. “Dah tau pun.. kau memang kejam Falicia. Aku masih lagi benci kan kau.” Yana berkata dan palingkan mukanya ke depan. Air mata Falicia yang tadi sudah kering kini turun kembali membasahi pipnya.
Jojo geram dengan sikap Yana tapi dia bersabar begitu juga dengan Che Pah. “sabar la Falicia mungkin hati dia tak sejuk lagi tu..” Che Pah menasihati Falicia. Falicia hanya mampu tersenyum kelat.
Keesokkan pagi, Falicia datang ke sekolah seperti biasa. Tapi dia nampak pucat. Macam tak sihat.
“Falicia kau ok ker ni? Aku nampak kau pucat jer?”
Senyum kelat. “Aku ok..Cuma pening sikit jer.. kau takyah la bimbang.”
Beberapa minit kemudian Yana dan Jojo masuk ke kelas. Mereka berdua teerkejut tengok Falicia.
“Falicia! Kau ok ker ni? kau nampak teruk! Kau tak sihat ker” Jojo pantas menyapa. Yana rasa bersalah melihat Falicia. Adakah dia jadi macam tu sebab aku? Kejam sangatkah aku? Patutkah aku pergi minta maaf kepadanya? Soalan itu bermain-main di fikiran Adriana. Dia hampir hendak meminta maaf kepada Falicia namun, egonya tinggi. Arggh!!! Buat apa aku yang kena minta maaf? Dia yang sakitkan hati aku! Biar dia rasa! Tu baru sikit!
Tidak lama selepas itu, lelaki yang menegur Falicia hari itu datang ke kelas mereka. Lelaki itu tidaklah setampan Danish ataupun Zack.. tapi mukanya ada tarikan untuk membuat kan orang suka padanya. Dia memiliki wajah baby face, comel, bila dia senyum. Tapi kallau dia serius dia nampak macho. Jadi tidak hairanlah Yana suka padanya bagai nak rak. Dia menyuruh Danish memanggil Falicia keluar. Danish melangkah ke tempat Falicia. Apabila sampai di tempat Falicia dia berasa berdebar-debar. Mukanya merah.. mungkin dia teringat akan peristiwa yang pernah terjadi kepadanya dengan Falicia.
“Err..Falicia.” Danish memanggil.
Sebaik sahaja Falicia memusingkan wajahnya kepada Danish, Danish rasa macam nak tercabut jantungnya. Dia juga rasa macam terkena panahan cupid. Dan dia juga berasa resah sebaik sahaja mlihat wajah Falicia yang pucat.
“weh, kau ok ker? Apsal muka kau pucat gitu?” Danish prihatin.
“Err.. aku ok la.. kau jangan risau!” Falicia tersenyum.. entah kenapa dia rasa bahagia bila Danish risaukan dia. Dia juga rasa berdebar-debar bila bertentang mata dengan Danish.
“Fuuhhh...lega aku kau cakap camtu.. oh err.. ada orang nak jumpa dengan kau.”
“Oh ye ker? Siapa?”
“Entah.. tapi dia budak form 5”
“Oh.. aku tau siapa.. thx ya!” Falicia senyum lagi.
Che Pah dan Jojo yang melihat drama tu tadi. “Danish...”
“apa?” Danish buat-buat tak faham.
“Sejak bila kau baik dengan Falicia? Owh my! Jagan cakap yang kau.... dah.. suka....” belum sempat Jojo menghabiskan ayatnya pantas Danish memotong.
“Man.. mana ada! Hei!! Kau jagan fikir yang bukan-bukanla!!!”
“awh... tengok latu... dia malu-malu.. muka pun dah merah..” Che Pah pulak berkata.
Danish memegang pipi. “Ddah la!! Dddari aku layan korang ni baik aku pergi study”
Che Pah dan Jojo gelak. Yana sakit hati bila tengok Falicia dengan Azriel di luar. Bukan main lagi!.
“Abang Riel nak apa?” Falicia bertanya.
“Amboih! Orang susah hati kat dia! dia buat tak suka pulak dengan orang! Sedih tau!”
“Hah.. dah.. abang Riel.. apakah tujuan abang ingin berjumpa dengan Dania?”
“Ok. Macam tula... hah ni.. Mak Ngah cakap Dania tak makan apa pun dari semala betul ker? Lagipun abang tengok muka Nia ni pucat jer... ” Azriel serius.
“Kalau Nia cakap ya apa yang abang nak buat dengan Nia?”
“Tengok tu budak ni.. abang tak buat apa la!” Azriel geram dan mencubit pipi Falicia. Azriel memang suka cubit pipi Falicia yang gebu tu! Dia geram tengok!
“Ish!! Jaganla!! Orang tengok malu la!! Err.. betul la tu...”
“Biarlah malu!! Selalu tak dengar cakap orang pdan muka! Nia... Mak Ngah risau tau. Abang Riel pun risau. Nanti kalau Nia pengsan macam mana?”
“Alah penyakit tu daah lama tak datang takkan datang lagi? Lagipun Nia takder selera la bang..”
“Penyakit tak tentu Nia..” Azriel mendengus.
“Hah takperla.. abangbalik la kelas abang takper nanti Nia makan yer jagan risau bye!!” Falicia lari masuk dalam kelas.
Haih budak ni.. dia halau aku la tu.. Azriel tersenyum melihat telatah Falicia. Tiba-tiba dia terpersan yang ada orang sedang perhatikan dia dari tadi. Kemudian dia bertentang mata dengan Yana. Kenudian dia senyum kat Yana dan terus balik ke kelasnya. Dia tahu tu kawan Falicia. Falicia kerap cerita dengannya pasal kawan-kawan dia.
Pap!!!! “Woi mangkuk! Aku panggil kau dah nak berbuih mulut tinggal nak pecah dah ni! Kau buat dn’t know jer... kau pehal bro?”
“Woi sakitla periuk! Kau nak kasi aku mati ker hah?!”
“Ak’ela... mamat nih.. setakat kena pukul dengan fail tebal ni nak mati apernya.. lembik arr kau ni..” omong Zack. “Kau tak jawab lagi soalan aku! Kau termenung gitu apsal?”
“takder apala...”
“Mana boleh takder papa! Aku tengok kau tersengih-sengih.. ni mesti.. dapat balak baru eh?”Zack tersengih.
“huish!!! Sibuklah kau!!! Mana ada! Dah la.. malas nak layan kau!” Danish berlalu pergi meninggalkan Zack.
“Woi! Tak baik wei!! Kasi tau la sapa!! Danish!!! Woi!!!”Zack menempik tapi Danish buat don’t know.
Falicia rasa pening sangat! Dengan kerja sekolah yang Cikgu Math bagi ni.. nak kena siapkan masa dia takger dalam kelas. Dia pergi kursus sebulan. Tapi kerjanya memang banyak!! Dia taknak diorang duduk sahaja masa ketiadaannya. Ramai yang bersungut.
Tiba-tiba Falicia bangun. “Kau nak ke mana?” tanya Che Pah.
“Err.. aku nak pergi tandas kejap. Rasa tak sedap badanlah..”
“Eh.. kau ok ker Falicia? Aku tengok kau macam teruk jer..”
“Aku ok la.. kau takyah risau.. aku pergi tandas kejap jer..”
“Nak aku temankan?”
“Takyah. Aku boleh pergi sendiri.. lagipun kau ada banyak lagi kerja nak kena buat tu..”
“Ok..”
Falicia jalan hinnga ke depan kelasnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia tak mampu nak jalan lagi. Kepalanya pening sangat. Dia dah tahan.
Buk!!!
Falicia jatuh. Danish yang risau segera pergi ke arah Falicia. Jojo dan Che Pah terus meluru ke arah Falicia. Cuma Yana sahaja tidak. Dia terkejut dan cemas. Adakah semua ini belaku sebab dia?. Zack nampak Danish begitu prihatin sangat dengan Falicia. Dia terfikirkan sesuatu.. mungkinkah Danish suka dekat Falicia? Dia membiarkan persoalan itu bermain di fikirannya. Baru sahaja Danish hendak menggendong Falicia ke bilik sakit tiba-tiba. Azriel yang kebetulan lalu di situ terus masuk ke kelas Falicia untuk menyaksikan apa yang berlaku kerana ramai yang kelihatan cemas dan berkerumun di depan kelas.
“Kenapa ni? Beri laluan!” kata Azriel.
“Ah ada orang pengsan.. Falicia pengsan.” Cakap Shaufi ketua kelas itu.
“Apa?! Falicia?!” Azriel segera menuju kearah Falicia dan merampas Falicia daripada Danish.
Danish terkejut. “Biar aku yang bawak dia. Danish kau tolong bagi tahu guru kelas kau pasal ni...” kata Azriel tanpa memandang kearah Danish. Dia kelihatan begitu cemas. Entah kenapa Danish rasa macam cemburu dengan Azriel.
“Ya Allah Nia.. kenapa degil sangat! Hish!! Abang dah cakap banyak kali dah!”rungut Danish perlahan sesiapapun tidak dengar kecuali Danish. Namun itu pun dah mampu membuat Danish rasa sakit hati.
Danish hanya mampu melihat Falicia dibawa pergi dalam dakapan orang lain. Siapakah Azriel kepada Falicia? Kenapa cara Azriel cakap macam dah lama kenal dengan Falicia? Apakah hubungan diorang?adakah diorang sepasang kekasih? Kenapa Azriel membahasakan dirinya abang? Kenapa Azriel panggil Falicia Dania? Ya Allah!! Dia buntu! Yana yang melihat kejadian itu bertambah sakit luka di hatinya. Semakin berdarah.
DI CONTENG OLEH FARHANA HALIM at Tuesday, September 08, 2009 0 comments
Labels: 5