BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

http://bluebananerd.blogspot.com :B

WELCOME TO MY PAGE !

Tuesday, August 4, 2009

~Love Story~(AD Untuk FD) 2..


~Who Is Zack??~

Macamana dia boleh sekolah kat sini?? Setahu aku.. Argh!!! Lantakla! Bukannya ada kaitan dengan aku.. Yang aku tau pun memang orang panggil dia Zack. Tak sangka pulak Zack ni.. Aku memang pernah suka kat dia.. tapi tu dulu.. Masa mula-mula nampak dia memang la semua orang kata hensem, baik, gentleman lagi.. bak kata perfect la! Tapi bila dah kenal.. kena pikir dua ratus kali nak kawan ke tak dengan dia. Mana taknya! Dia layan semua perempuan yang nak kenal dengan dia. Kejap dia dengan perempuan ni, kejap dengan perempuan lain. Perasan pulak tu! Asal lalu depan perempuan cantik jer mesti control macho.. Yuck!! Nak muntah aku tengok! Tak namanya memainkan persaan orang? Bahwasanya saya Evonne Falicia Dania sangat benci kepada orang yan suka mainkan persaan orang lain! Tak dinafikan dia ni boleh kira comel and hensem la jugak... Cuma tak cukup ketinggian.. dia pendek lagi dari aku.. atau aku yang terlebih tinggi?? Normal ker?? Aku dulu masa form 1 tinggi dah 168.. ntah-ntah aku yang abnormal tak?? Ujar Falicia dalam hati. Huh!! Tak kisah la apa pun! Tapi yang hairannya kenapa diorang ni buta sangat? Tak nampakkah? Yang diorang sedang dipermainkan? Huh!! Perempuan.. Aku bukan perempuan ker?

“Peserta yang mengambil bahagian dalam acara 5000 meter lelaki bawah 18 belas tahun diminta bersedia di lorong masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.’” Kini perhatian semua orang tertumpu pada pesrta yang mengambil bahagian. Perlahan-lahan dengan penuh gaya Zack masuk ke kawasan padang dan bersedia di lorongnya. Naik menyampah Falicia tengok gaya dia yang tak habis-habis perasan hensem tu. Rasa macam nak nak baling ja kasut mahalnya tu. “ owh.. dia pun ada hati juga nak masuk pertandingan ni?? Kaki pendek macam kaki ayam katik ada hati nak lari sampai 5000 meter?? Huh!! 100 meter pun dah semput macam katak cukup oksigen! Nak belagak konon! Pigidah!!.” Ujar Falicia dengan penuh rasa menyampah sampai tahap sampah!. “Kau cakap kat siapa ni?? Macam tak puas hati jer.. ?” tiba-tiba Adriana datang menyampuk. Entah dari mana la minah tu datang. “Wei! Belut!, kau nak bagi aku mati cepat ker hah?? Suka bagi terkejut orang! Nasib baik la aku tak sakit jantung. Kalau aku ada sakit jantung then, heart attack kat sini macam mana? “ Eh kau pun orang ker? Aku ingat kau harimau yang tau makan orang jer..Ala.. PBSM kan ada?? Panggil jer la diorang angkat kau pergi hospital.” Jawab Adriana dengan muka yang selamba macam badak takder perasaan. Badak ader perasaan ker? Aku pun tak tau.. “Ceh!! Kalau ....” tak sempat Falicia menghabiskan ayatnya satu tembakan menandakan peserta pertandinga acara 5000 meter dilepaskan. Masa tu jugak la.. lagu situasi dari Bunkface dimainkan. Apalagi.. peserta semua rasa megah tahap gabanla.. sampai ada lubang hidung kembang besar kawah pun ada.. Tengah lubang hidung kembang dengan mekarnya, tiba-tiba.. Buk!!!! Wohoo!! Ada buah nangka yang busuk dan kembang jatuh! “hahaha!!!!!! Semua yang ada di situ gelak apabila salah seorang peserta jatuh tersungkur sebab tersepak batu. “Tu la.. langut lagi.. perasan sangat!!” Ujar Falicia sambil ketawa. “ Jahat la kau ni! Tak baik gelak kat orang.” Ujar Adriana dengan tawa yang masih bersisa. “habis kalau tak baik yang kau gelak pulak apahal??” “Aku tak gelakla! Aku senyum kat kakak tu.” Natasya cuba buat helah. “ kakak tu tak tengok kau pun.. takkan kau tiba-tiba nak senyum kat dia macam orang gila?? Nak tipu aku pun agak-agak la.. Aku kan terer bab menipu ni??” balas Falicia. Tawa Natasya akhirnya terlepas juga setelah lama cuba ditahannya. “ Ok, ok.. Aku surrender.. aku tau kau hebat lagi..” Katanya sambil mengangkat tangan tanda beralah. Falicia senyum menang dan kembali menonton pertandingan itu. Tinggal satu pusingan lagi, Zack kelihatan penat, tetapi dia kuatkan juga. “Ok Zack.. Walaupun tak menang but you have to complete this.” Zack berkata sendirian. Peserta semakin hampir ke garisan penamat. Sorakan penonton juga makin membingitkan telinga. “Come on Zack you can do it baby!!” Kata kakak senior yang tadi. “ wah!! Zack pun ada??” kata Adriana yang tadinya senyap. “weh! Kau baru perasan ker?? Dah lama la..” kata Failicia. “ Aku nampak macam dia tapi tak sangka dia.. lagipun aku tak boleh fokus sebab asal aku tengok padang ja aku nak tergelak.” “Huh!! Cakap tak baik tapi dia yang lebih.. hah!! Aku nak tanya siapa Zack yang korang dok gilakan sangat tu?? Aku tengok banyak lagi orang yang hensem apsal dia jugak yang ramai peminat??” Tanya Falicia pura-pura tak kenal Zack. “Lorh.. kau tak tau ker?? Dia tu kan prince charming sekolah kita?? Gentleman, anak orang kaya, smart.. semua la ada kat dia! Mana ada orang yang hensem lagi pada dia.. cikgu-cikgu pun sayang dia..” ujar Adriana dengan penuh teruja. Macam yang aku agak.. “Ntah.. aku tengok biasa jer.. lagipun aku tak suka orang pendek dari aku.. aku rasa ada yang lagi hensem pada dia Cuma tak berapa menonjol..” “Hmm.. Whatever! Tapi kalau nak cari orang yang tinggi pada kau, sampai kau tua pun belum tentu dah jumpa... mana taknya! Tinggi macam galah! Jangan mimpila..” Ujar Adriana. Falicia mencebik. Peserta pertama telah sampai ke garisan penamat. Semua peminat zack agak kecewa. Zack akhirnya sampai ke garisan penamat sebagai pesrta yang ke 5. Selepas sampai ke garisan penamat Zack mengangkat tangannya seperti juara nombor 1 dunia. Meluat Falicia tengok. Tiba –tiba dia terfikir macam mana nak kenakan mamat belagak tak tentu pasal tu. Perlahan-lahan Falicia tunduk dan berjalan itik sedikit-sedikit, akhirnya dia dapat mencapai tali yang dibuat sebagai tanda garisan penamat yang berada di bawah setelah pemenang memutuskannya. Dia mengangkat tali itu setinggi 5cm, kemudian dia bersedia menarik tali itu sebaik sahaja Zack melangkah ke garisan penamat. Buk!!!! Zack jatuh Terguling-guling, hidungnya berdarah. semua orang terkejut dan berhenti menyorak. Keadaan di padang senyap sunyi. Hanya seorang saja yang sedang ketawa dengan kuatnya. “Hahahahahahahaha!!!!! Hahahha!!!” Falicia tidak sedar yang semua mata tertumpu ke arah dia.
“ Weh!! Kau sedar tak semua orang tengok kau??” ujar Adriana. “Hah??” Falicia terkejut dan terus berhenti ketawa. “ Err... kenapa diorang tengok aku macam tu?? Err.. aku gelak sebab game yang aku main ni lawak kan Adriana? Kan?” Adriana sekadar senyum, tak berani nak cakap apa dah.. Kakak-kakak senior gerenti benggang gila. Cepat –cepat Adriana menarik Falicia masuk ke tandas. “Apa yang kau buat ni?” bisik Adriana. “ Shh.. Aku tak buat apa pun.. dah lawak aku gelak jer la.. salah ker??” “Ok i’m not stopping you from laughing but.. do you know who do you laugh at?” “Oh, of corse i know.. he’s just a normal guy..” “What do you mean his just a normal guy?” “ Wei! Nak speaking dengan aku tapi normal guy pun tak tahu?” “Aku tak main-mainla!” Suara Adriana semakin keras. Dia menyambung kembali percakapannya. “Hey, do you know right,? how popular he is?” “ just stop it ok? Prince charming sana prince charming sini what’s thats for? It useless!!! Bangga sangat ker dengan title prince charming?! Pergi skolah sekadar nak cari prince charming untuk cuci mata ker? Apsal hah? Tergedik sana tergedik sini nampak sangat macam perempuan tak tahu malu nakkan lelaki yang langsung tak sedar pun kewujudan kita! ” tempik Falicia. Falicia memang dah benggang dah!. Adriana hanya tunduk membisu. Dia sudah tak terdaya hendak melawan kemarahan Falicia. “ Looks. Aku bukan nak takutkan kau dan bukan nak kata kau gedik or tak tau malu. Its just jagan terikut dengan orang sangat boleh tak? Kau sebenarnya tak minat pun kan dengan benda ni semua? Tapi kau takut nanti orang boikot kau ker jadi kau pun ikut serta kan??” Adriana tersentak menmdengar omongan Falicia. Ternyata Falicia memahaminya. Memang benar, dia memang takut kalau orang tak mau kawan dengannya. Sememangnya dia seorang yang sensitif. “Macam mana kau....” “ Aku tau.. aku tau semua pasal kau. Kelemahan kau, kelebihan kau. Cuma kau jer yang tak tahu psal aku..” Pintas Falicia sambil meninggalkan tandas.

Baru Falicia hendak melangkah ke dalam kelas. “ Hoi budak!!” tempik satu suara. Falicia dah bengang. Dia toleh huh! Kakak ni ker? Yang gedik nak mampos tadi. “ Apa hoi-hoi ingat aku takder nama ker?!” “Hek ala.. budak ni.. banyak cakap la pulak!” “Mulut aku kau peduli apa?” “Wei! Kau jangan kurang ajar dengan aku!” ugut kakak tu. Tapi Falicia langsung tak rasa terancam. “Siapa yang kurang ajar dengan siapa?! Kau datang sini nak apa?!” “Ceh!! Budak ni dah melampau!! Kurang ajar! Lepas tu buat tak tau pulak! Apa yang kau dah buat dengan prince charming kitaorang hah?!” “Adakah jawapan tu berkaitan dengan soalan aku? Lagipun pasal prince charming korang tu.. aku takder kaitan. Dah dia yang jatuh sendiri apsal tuduh aku pulak? Bangga sangatker kalau dia jadi prince charming korang? Apa yang dia dah buat untuk korang?” “Kau ni kan!!!” tempik kakak tu sambil menghayunkan tangannya untuk menampar Falicia. Beberapa saat kemudian dia tidak merasa sakit pun. Apsal tak sakit pun? Perlahan-lahan dia membuka mata. Sebaik saja dia buka mata dia terkejut. Zack ada di depannya pantas menghalang perbutan Kak Syifa yang hendak menamparnya. “ Stop it! This is not her fault.” Kata Zack. “Kenapa awak cakap macam tu Zack? Dah terang-terang yang dia memang saja nak gelakkan awak.” Balas Kak Syifa dengan muka yang penuh simpati dan mengada-ngada.
“I said stop it!! Paham tak? Hentikan semua ni! Ini bukan salah dia!” Berang Zack. “Setelah apa yang saya buat kat awak selama ni Awak balas saya dengan macam ni? U gonna regret this!!” Kak Syifa berkata sambil menangis dan terus berlalu dengan geng dia.
Aku diam.. tak tau nak cakap apa. “Thanks..” akhirnya keluar dari mulut aku. “For what?” balasnya sambil tersengih. Kuat sangat ker dia jatuh tadi? Sampai boleh jadi bengap+lembap macam ni?! “For rescueing me.” Balas Falicia dengan nada malas. “Siapa cakap saya selamatkan awak?” Ya Allah!! Lembapnya!! Aku lempang juga mamat ni!! “owh ok.. What ever..” kata Falicia dan segera berlalu pergi. “Erm.. hey! Sapa nama awak?” Tanya Zack sambil menghalang laluan Falicia. “Falicia.” Jawab Falicia sepatah. “Can i go now?” “Owh sure! Sorry..” Zack tersengih. Falicia buat muka menyampah. Eii!!! Yuck!! Badak hensem lagi.. bagi aku la.. tapi sebenarnya dia memang hensem.. Heh boleh tahan juga budak ni..comel.. Falicia.. ya.. kita tengok apa akan jadi nanti.. kata Zack.

~FRIENDSHIP~
Falicia melangkah perlahan masuk ke kelas. Dari jauh dah nampak Adriana a.k.a Yana duduk di tempatnya bersebelahan dengan tempat Falicia. Yana hanya tunduk membisu. Heh! Nampak sangat dia baru lepas menangis! Aku kenal la kau!! Desis Falicia dalam hati. “Hey.. sori aku marah kat kau tadi.. aku tak berniat nak sakitkan hati kau.. aku Cuma nak kau berani..” akhirnya Falicia menegur Yana. Sepi. Yana tetap membisu. “tak per la kalau kau tak nak maafkan aku. Aku faham.” Kata Falicia sambil melangkah pergi meninggalkan Yana. Belum sempat Falicia melangkah keluar dari kelas, “Hey!! Aku maafkan kau! Kau ingat aku suka ker kita putus kawan?” jawab Yana. Akhirnya!. Falicia tersenyum puas. Dia bergegas ke arah Yana. “Hehe.. thanks.. sayang kau Yana!! Weh.. tapi kan..” “Naper?” “Aku nak bagitau sesuatu ni..” “Apa dia?.” Falicia buat muka suspen. Yana makin tak sedap hati. “Meh sini aku nak bisik kat kau.” Yana menyegetkan sedikit badannya. “Kau nak tau tak? Sekarang ni kan.. aku lapar jom pergi kantin?” Falicia tersengih. Macam monyet betul!. Aku ingat apa la tadi.. rungut Yana dalam hati sambil mencebikkan mukanya. “Ceh!! Tak guna betul! Jom! Aku pun lapar jugak..” “Poyo!” kata Falicia sambil menjelir lidah. “Siapa poyo hah?!” Pap!!! Yana menampar lengan Falicia. “Woi belut!! Kau suka kan tampar aku! Aku tau la kau geram kat aku!! Tapi tak yah la nak amik kesempatan!!” “Memang aku geram kat kau! Ikut suka aku la!!” “Ikut suka kau!! Tangan aku ikut suka kau plak!.” “Bluekk!!.” Yana menjelir lidah. Falicia membalas balik.

Selepas selesai makan di kantin, “Wey! Kita kena datang sekolah petang ni kan?.” Tanya Yana. “Haah!” Jawab Falicia sepatah. “Kau nak datang tak?.” “Malas!” Jawab Falicia. “Hari ni kita balik pukul berapa?.” Sambung Falicia. “ 2.40. sempat ker nak datang sini balik pukul 3.30 rumah aku bukannya dekat!” jawab Yana. “ Kau ada bawak tak baju t-shirt sekolah buat spair macam cikgu suruh?.” “ bawak. Apsal?” “apsal kau lembab sangat? Salin baju tu.. stay jer la kat sekolah. Tu pun aku kena kasi tau ker?.” Jawab Falicia. “Aku nak makan apa?.” “Come on! Sekolah kita duduk kat tengah-tengah bandar ok? Banyak kedai kau boleh pergi makan! Nak pergi shopping pun boleh.” “Yer la.. aku nak pergi dengan siapa?.” “Dengan aku la!” “ kau kan tak nak datang?” “ Weh! Kau banyak songeh betul la makcik! Kau tak dengar ker mamat announcement tu cakap? ‘kehadiran adalah diwajibkan’” ajuk Falicia. “Lagipun muka aku ni nampak macam kaki ponteng ker?” “Ader kowt sket-sket..” balas yana selamber. “Kau saja menempah maut!” Kata Falicia dengan wajah yang mengerikan. “Aku tak takut..” Yana gagahkan diri melawan. Sebenarnya dia rasa seram..

2 comments:

~aq daxx skull~ said...

weh!!!!
p0y0 arr cite nieyh...
blur kn yana tu??!!
kuang asam..
ang publish jgak na...

Farhana said...

hehe.. besa la aku..
Yana kan ang..
ang memang poyo..